KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Pindaan Kepada Ordinan # 2 Darurat 2021 – Perbelanjaan Dana Tanpa Pengawasan Perundangan

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Pindaan Kepada Ordinan # 2 Darurat 2021 – Perbelanjaan Dana Tanpa Pengawasan Perundangan

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

‘Peguam bimbang kerajaan bebas guna dana persekutuan’ –

Haniff Khatri :

“Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, peruntukan tambahan itu difahami untuk kerajaan dibenar menggunakan Kumpulan Wang Disatukan di bawah Perlembagaan.

“Tetapi, apa risikonya kepada rakyat, memandangkan ia dilakukan tanpa sebarang pemantauan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya membenarkan Parlimen dan DUN bersidang ketika darurat seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

“Jika tiada pemantauan, adakah kita mempunyai kepercayaan untuk dana itu tidak disalahgunakan?” soalnya.

Tambahan, timbul kerajaan berhubung majoriti dimiliki kerajaan selepas Perikatan Nasional mengambil alih Putrajaya.

Oleh itu, Haniff berkata, negara mungkin tidak memerlukan kerajaan sehingga darurat tamat dan mencadangkan Agong melantik seorang penasihat untuk pengurusan negara.

“Kita tidak memerlukan perdana menteri ketika darurat. Ini dilakukan selepas (rusuhan) 1969. Kenapa kita memerlukan sebuah kerajaan dengan majoriti diragui yang akan menggunakan dana persekutuan tanpa sebarang pemantauan?” soal Haniff.”

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )