KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Permohonan Penangguhan Bicara Rayuan Akhir Kes SRC Ditolak Mahkamah Persekutuan!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Permohonan Penangguhan Bicara Rayuan Akhir Kes SRC Ditolak Mahkamah Persekutuan!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum ini saya telah memberi pandangan bertulis serta pandangan lisan melalui Video di Siri : 3443 (Laporan SINAR HARIAN 26.07.2022), Siri : 3445 (Video terbitan THE MALAYSIAN INSIGHT 27.07.2022 dan Siri : 3448 (Video terbitan JOM CHANNEL 28.07.2022), iaitu berhubung isu pelantikan pasukan Peguam baharu oleh NAJIB RAZAK berkaitan Rayuan terakhir di MAHKAMAH PERSEKUTUAN seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAKINI 26.07.2022 bertajuk “Peguam baru Najib mohon tangguh pendengaran rayuan kes SRC”.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/629678)

Walhal, dalam Siri BUAL BICARA : BICARA MAHKAMAH SIRI 95 terbitan JOM CHANNEL (Siri : 3448) semalam, saya telah maklumkan bahawa MAHKAMAH PERSEKUTUAN telah menetapkan satu SEBUTAN PENGURUSAN RAYUAN pada hari ini, Jumaat 29.07.2022, di mana berkemungkinan besar MAHKAMAH PERSEKUTUAN akan menyampaikan keputusan kepada kedua-dua pihak, iaitu Pendakwa Raya dan Pembelaan NAJIB RAZAK berkenaan permohonan Peguam baharu NAJIB RAZAK untuk menangguhkan BICARA RAYUAN yang telah ditetapkan untuk pendengaran sejak 29.04.2022 untuk tempoh 10 hari mulai 16.08.2022 hingga 26.08.2022.

Pada hari ini MALAYSIAKINI 29.07.2022 bertajuk “Mahkamah Persekutuan tak benarkan Najib tangguh rayuan SRC”, telah melaporkan antara lain :

“Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran bagi rayuan kes rasuah SRC International yang dijadual bulan depan.

Sehubungan itu rayuan berkenaan akan didengar selama 10 hari mulai 15 Ogos di Mahkamah Persekutuan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Ketika dihubungi pihak media, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul mengesahkan Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan permohonan penangguhan itu semasa pengurusan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah dan Siti Hajar Mustaffa.

“Mahkamah (Persekutuan) telah memaklumkan bahawa tarikh pendengaran yang ditetapkan pada 15 hingga 26 Ogos 2022 dikekalkan, dan arahan untuk mematuhi perlu dipatuhi,” kata DPP, sambil menambah pendengaran akan dijalankan secara fizikal di mahkamah terbuka.

Usul untuk mendapatkan bukti baharu merujuk kepada permohonan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan bagi membatalkan sabitan bersalah terhadapnya dalam kes SRC, berhubung dakwaan bahawa Hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan.

Ashrof berkata, Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Ogos untuk mendengar permohonan bukti baharu Najib.”

(Laporan penuh MALAYSIAKINI 29.07.2022 bertajuk “Mahkamah persekutuan tak benarkan Najib tangguh rayuan SRC” adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan rujukan para pembaca)

https://www.malaysiakini.com/news/630107

Dengan itu, melainkan ada mana-mana keadaan di luar kawalan manusia, BICARA USUL KETERANGAN BAHARU dan BICARA RAYUAN AKHIR di MAHKAMAH PERSEKUTUAN berkaitan RAYUAN AKHIR SRC, akan tetap berjalan mulai 15.08.2022.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )