KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Penjelasan Ringkas Berkaitan Tindakan Sitaan DoJ Daripada Segi Undang-Undang!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Penjelasan Ringkas Berkaitan Tindakan Sitaan DoJ Daripada Segi Undang-Undang!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hujung bulan Julai 2016 dan pertengahan bulan Jun 2017 baru-baru ini, pihak DEPARTMENT of JUSTICE (DoJ) Amerika Syarikat telah memfailkan TINDAKAN SITAAN di Mahkamah California Amerika Syarikat, berhubung pelbagai barangan bernilai beratus juta ringgit, antara lain termasuk aset kediaman dan pelayaran, barangan kemas dan mewah, serta hasil keuntungan penerbitan pelbagai filem Hollywood.

Kesemua itu adalah berpunca daripada hasil siasatan agensi DoJ itu, yang merumuskan bahawa DANA yang digunakan untuk pembelian kesemua aset itu, adalah hasil daripada PENYELEWENGAN dan GUBAHAN WANG HARAM yang pada asalnya adalah DANA MILIK 1MDB, sebuah Syarikat milik Perbendaharaan Malaysia, yakni milik RAKYAT MALAYSIA, secara hakikatnya!!

Sejak pada bulan Julai 2016, dan lebih-lebih lagi sejak pemfailan TINDAKAN SITAAN yang terkini di Mahkamah California Amerika Syarikat pada Jun 2017, pelbagai pihak “yang kepanasan akibat tergigit cili padi”, daripada pihak Kerajaan NAJIB RAZAK, secara membabi buta membuat pelbagai TOHMAHAN dan PENYELEWENGAN berkaitan apakah itu ‘konon’nya TINDAKAN SITAAN DoJ, bagi tujuan pihak Kerajaan NAJIB RAZAK untuk cuba KELIRUkan Rakyat Malaysia yang prihatin, daripada mengetahui perkara sebenar!!

Pada hakikatnya adalah, kesemua kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak NAJIB RAZAK berkaitan isu ini, sebenarnya BUKAN jawaban atau penjelasan sah. Itu PENYELEWENGAN undang-undang dan proses keadilan/kehakiman asasi!! Sebabnya :

(a). Tindakan sitaan bukannya tindakan sivil. Ia adalah tindakan quasi jenayah, yang diambil dulu bagi tujuan memelihara harta gubahan haram sebelum ianya dilupuskan oleh pesalah laku. Di Malaysia pun ada pelbagai tindakan sitaan quasi jenayah di bawah Akta DDA, AMLA dan BAFIA, antara lain. Kalau pesalah dituduh dulu tanpa sitaan, barangan akan lupus sebelum pesalah dibicarakan. Itu moralnya.

(b). Saman sitaan adalah dokumen asas tuntutan. Bukti cuma ditampilkan semasa perbicaraan. APANDI ALI, HISHAMMUDDIN dan PUAD JASA, serta yang lain lagi yang seangkatan dengan mereka, pun menipu rakyat apabila mereka kata tiada bukti didedahkan, sebab sememangnya BUKTI cuma akan didedahkan semasa perbicaraan kelak, dan bukannya semasa saman difailkan. Di negara Amerika, England, India ataupun  Malaysia, mahupun negara TIMBUKTU sekalipun, itu adalah asas sistem kehakiman sebenar. Tapi APANDI ALI, HISHAMMUDDIN dan PUAD JASA, serta yang lain lagi yang seangkatan dengan mereka, memilih untuk menyelewengkan asas undang-undang untuk memesongkan perhatian Rakyat.

(c). Perkara-perkara lanjut lain perlu dijelaskan kepada yang berminat secara ‘in person’, jika diuruskan oleh pihak terbabit, dan jika berkesempatan dalam masa terdekat kelak, In Shaa Allah.

(d). Yang paling penting perlu difahami adalah mana-mana kesalahan jenayah yang melangkaui sempadan antarabangsa, cuma membenarkan negara luar bidang kuasa itu hak untuk mengambil tindakan jenayah mahupun quasi jenayah sekalipun, cuma setakat mana jenis jenayah itu berlaku dalam bidang kuasa negara luar itu sahaja. Sebab itulah PENIPUAN dan FROD ke atas 1MDB serta PEROLEHAN WANG HARAM dalam akaun NAJIB RAZAK tidak boleh diambil tindakan jenayah secara terus di Amerika, Switzerland ataupun Singapura. Tindakan-tindakan jenayah dan quasi jenayah di negara-negara luar itu cuma adalah berkaitan setakat mana penglibatan agensi kewangan masing-masing dalam menjadi perantara GUBAHAN WANG HARAM (money laundering) sahaja.

(e) Adalah diharapkan penjelasan ringkas ini dapat membantu memahami PENYELEWENGAN undang-undang oleh rejim NAJIB RAZAK. Wallahu A’alam.

Bebas daripada penjelasan di atas, ada baiknya saya tampilkan semula tiga (3) video yang telah saya berkesempatan untuk rakamkan dengan bantuan dan ehsan Arwah DIN TURTLE, pada lewat malam dan awal pagi 30 & 31.07.2016, iaitu selepas pemfailan TINDAKAN SITAAN pertama oleh DoJ di Mahkamah California Amerika Syarikat pada hujung Julai 2016, tahun lalu. Ketiga-tiga video itu adalah berkenaan persoalan-persoalan berikut :

(a) Definasi MO1 Oleh DOJ Jelas Merujuk Kepada Najib (di Ruang Bawah Kiri)(juga boleh diperolehi di Siri : 237 & 240),

(b) Kes DOJ – Jika MO1 Tidak DiDakwa DI US, Tidak Bermakna MO1 Tak Terlibat (di Ruang Bawah Tengah)(juga boleh diperolehi di Siri : 238 & 240), dan

(c) Kes DOJ Beri Maklumat Baru, AG kena buka balik siasatan (di Ruang Bawah Kiri) (juga boleh diperolehi di Siri : 239 & 240)

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )