KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Pengisytiharan Harta Pemimpin Politik Masih Belum Diwajibkan

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Pengisytiharan Harta Pemimpin Politik Masih Belum Diwajibkan

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Selasa yang lalu 17.01.2023 BERITA HARIAN bertajuk “Pemimpin politik sandiwara isytihar harta – Anwar” telah memetik kenyataan Perdana Menteri ANWAR IBRAHIM seperti berikut:

“Pengisytiharan harta oleh segelintir pemimpin politik termasuk yang kini menjadi Menteri, satu sandiwara kerana tidak mencerminkan jumlah sebenar kekayaan mereka.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berkata ada pemimpin politik yang sebenarnya memiliki harta ratusan juta tetapi hanya mengisytiharkan mempunyai di antara RM10 juta hingga RM11 juta saja.

Anwar berkata, apa yang perlu dibangunkan ialah satu parameter jelas membabitkan pengisytiharan harta pemimpin.

“Saya dalam perbincangan dengan agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan ia telus.”

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1052911/pemimpin-politik-sandiwara-isytihar-harta-anwar)

Pada hakikatnya, tidak ada apa-apa yang efektif yang boleh dicadangkan oleh SPRM kepada Perdana Menteri ANWAR IBRAHIM berhubung isu “pengisytiharan harta pemimpin politik”, melainkan Kerajaan ini di bawah teraju  Perdana Menteri ANWAR IBRAHIM sebenar-benarnya serius untuk buat GUBALAN AKTA bagi memperkenalkan keadaan-keadaan yang mewajibkan pengisytiharan harta oleh pemimpin politik beserta cara atau kaedah lengkap dan ketat berkaitan takrif “harta” untuk tiadanya lompong perundangan yang boleh digunakan oleh pemimpin politik tidak mendedahkan kesemua harta mereka, dan akhirnya dengan peruntukan jenayah dan hukuman setimpal kepada yang melanggarnya bebas daripada pelucutan jawatan yang disandang.

Persoalannya adalah: “Adakah mana-mana Kerajaan sememangnya serius untuk mengambil langkah yang betul dan efektif ataupun sekadar “melepaskan batuk di tangga” mahupun “sandiwara politik” kesemua mereka sendiri??!!”

Petang semalam seorang rakan pemberita telah menghubungi saya berkaitan kenyataan ANWAR IBRAHIM berkenaan, dan pandangan perundangan itu telah dipetik dan dilaporkan SINAR HARIAN 19.01.2023 bertajuk “Perlu isytihar semua jenis harta”, dan dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan rujukan.

https://premium.sinarharian.com.my/article/226227/fokus/semasa/isytihar-harta-dalam-sistem-parlimen

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )