KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Pengampunan Sabitan Anwar Ibrahim Oleh YDPA Melalui Nasihat Lembaga Pengampunan

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Pengampunan Sabitan Anwar Ibrahim Oleh YDPA Melalui Nasihat Lembaga Pengampunan

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

MAHKAMAH RAYUAN telah pada 21.09.2021, membenarkan RAYUAN oleh kedua-dua Defendan, iaitu LEMBAGA PENGAMPUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN dan DS ANWAR IBRAHIM untuk membatalkan tindakan  MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ yang difailkan di MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR sebelum itu.

Tarikh hari ini, Selasa, 15.11.2022, telah sebelum ini ditetapkan untuk BICARA Notis Usul MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ seorang Peguam dan Rakyat Malaysia, untuk memperolehi Kebenaran Merayu ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN berkaitan kesahihan Pengampunan YDPA 16.05.2018 yang dipercayai seolah-olah mengenepikan SABITAN, dan yang diberikan oleh KeBawah Duli YDP AGONG (pada ketika itu) kepada DS ANWAR IBRAHIM berhubung SABITAN dan HUKUMAN berkaitan kesalahan  di bawah Seksyen 377B KANUN KESEKSAAN, iaitu Jenayah persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Pada hari ini Selasa 10.01.2023 Notis Usul  untuk memperolehi Kebenaran Merayu ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN telah didengar dalam BICARA di hadapan Panel 3 orang Hakim yang diterajui Ketua Hakim Negara, di mana kesemua pihak telah menyampaikan HUJAHAN LISAN di atas HUJAHAN BERTULIS yang telah difalkan sebelum ini.

Setelah selesai mendengar HUJAHAN maka MAHKAMAH PERSEKUTUAN telah menangguhkan sebentar untuk deliberasi bagi tujuan KEPUTUSAN, dan seterusnya telah mengumumkan KEPUTUSAN sebulat suara untuk TOLAK akan Notis Usul untuk memperolehi Kebenaran Merayu ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN itu.

Dengan KEPUTUSAN TERAKHIR di tahap MAHKAMAH PERSEKUTUAN itu, segala prosiding berhubung Cabaran terhadap Pengampunan 16.05.2018 telah dimuktamadkan di medan MAHKAMAH sehingga TAMAT.

Laporan MALAYSIAKINI 10.01.2023 bertajuk “Mahkamah Persekutuan tolak rayuan cabar pengampunan Anwar” telah merangkumi secara ringkas prosiding di MAHKAMAH PERSEKUTUAN pada pagi tadi, dan adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan para pembaca.

https://www.malaysiakini.com/news/650982

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )