KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Pemfailan Permohonan Najib Razak Untuk Tampilkan Keterangan Berkaitan Konflik Kepentingan Hakim Nazlan Berhubung Sabitan SRC!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Pemfailan Permohonan Najib Razak Untuk Tampilkan Keterangan Berkaitan Konflik Kepentingan Hakim Nazlan Berhubung Sabitan SRC!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 14.03.2022 laporan media MALAYSIAKINI bertajuk “Hakim kes SRC perlu dedah peranannya dalam pinjaman 1MDB – Peguam Najib” yang berkaitan kes sambung bicara 1MDB, telah merujuk kepada penampilan dan rujukan oleh pihak Peguam NAJIB RAZAK kepada satu dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Maybank, di mana Yang Arif Nazlan (Hakim Bicara Kes SRC) merupakan Ketua Penasihat Undang-Undang Kumpulan Maybank, berkaitan kemudahan pinjaman Maybank kepada 1MDB, ibu syarikat SRC pada ketika itu, berjumlah RM6.17 bilion untuk pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd oleh 1MDB, di mana didakwa oleh NAJIB RAZAK ianya menzahirkan perkara-perkara yang menampilkan “konflik kepentingan” di tahap HAKIM NAZLAN yang “sepatutnya” mengakibatkan beliau tidak layak untuk mendengar kes SRC, apatah lagi untuk mensabit dan menghukum NAJIB RAZAK di dalam kes itu.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/614358)

Pada masa itu, saya telah memberi pandangan perundangan saya berhubung “dakwaan” itu melalui Video di Siri : 3219 dan melalui temuramah yang disiarkan oleh BULETIN 7:57 AWESOMETV dan keratan Video AWESOMETV itu ada dimuat naik di Siri : 3223 & 3225A di sana.

Pada hari Selasa, 07.06.2022 MALAYSIAKINI bertajuk “Dakwa hakim ada konflik kepentingan, Najib mohon perbicaraan SRC dibatal” telah melaporkan, antara lain:

“Najib Razak memfailkan permohonan untuk menghantar bahan bukti baharu di Mahkamah Persektuan hari ini, dalam usahanya membatalkan perbicaraan kes SRC International Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam bekas Perdana Menteri itu, Mohammad Shafee Abdullah berkata ia setelah mereka mendapati Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendengar perbicaraan SRC International di Mahkamah Tinggi, mempunyai beberapa konflik kepentingan dalam perkara itu.

“Bukti baharu yang ingin dikemukakan berkenaan penemuan terbaharu bahawa Hakim kes SRC, Nazlan, pada 2006 merupakan Ketua Penasihat Undang-undang Kumpulan dan Setiausaha Syarikat untuk Kumpulan Maybank, yang memiliki tanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran semua jabatan perundangan seluruh kumpulan itu,” katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Dia berkata, perkara itu relevan kerana pihaknya baru-baru ini mendapati Maybank Investment Bank Bhd adalah badan yang mencadangkan penubuhan SRC International.

“Penglibatan Maybank melalui Maybank Investment dan Bina Fikir dalam menubuhkan SRC tidak pernah dibangkitkan pihak pendakwaan ketika perbicaraan SRC dan tiada saksi dari Maybank, Maybank Investment dan Bina Fikir dipanggil atau ditawarkan oleh pendakwaan,” kata Shafee.

Berhubung kedudukan Nazlan dalam Maybank Group, Shafee berkata Hakim itu bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengendalian soal perundangan dalam kumpulan syarikat itu, yang turut merangkumi Maybank Investment dan Bina Fikir.

Justeru, katanya, Nazlan tentunya ada pengetahuan terhadap kerja-kerja menasihat dalam soal SRC.

“Nazlan pastinya tahu atau ada wasangka bahawa isu RM42 juta dalam pendakwaan terhadap Najib, sumbernya bukan daripada pinjaman RM4 bilion Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kerana sumbernya jelas pinjaman RM140 juta daripada Maybank yang dibuat oleh PPD,” katanya.

Shafee mendakwa pihaknya juga mendapati Nazlan pada 12 Mac 2012 bertindak sebagai Ketua Penasihat Undang-undang Kumpulan dan Setiausaha Syarikat Malayan Banking Berhad dalam pertimbangan dan proses membuat keputusan untuk kemudahan pinjaman RM4.17 bilion kepada 1MDB untuk pembelian Tanjung Energy.”

(Laporan penuh MALAYSIAKINI 07.06.2022 bertajuk “Dakwa hakim ada konflik kepentingan, Najib mohon perbicaraan SRC dibatal” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

Walau apa sekalipun menurut prinsip kedaulatan undang-undang ianya adalah HAK di pihak NAJIB RAZAK untuk memfailkan sebarang Permohonan yang dipercayai perlu, kerana MAHKAMAH pula di pihaknya mempunyai HAK untuk membuat keputusan berpandukan kepada prinsip perundangan dan kehakiman berkaitan mana-mana Permohonan yang berada di hadapannya untuk menentukan sama ada Permohonan itu akan dibenarkan atau sebaliknya, selepas pendengarannya kelak.

Inilah dia kata kunci konsep utuh keadilan iaitu, “Keadilan bukan sahaja perlu dilakukan, tetapi ianya perlu jelas nampak bahawa telah dilakukan”.

Justeru, kesemua lapisan masyarakat yang prihatin, wajib sabar menanti pendengaran dan keputusan MAHKAMAH yang berkenaan, dengan penuh yakin bahawa walau apa sekalipun keputusannya, ianya adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kehakiman dan perundangan yang terpakai.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )