KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Peguam Negara Wajar Keluarkan Kenyataan Rasmi Jelaskan Alasan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Keputusan Pembebasan Kunan Telah Ditarik Balik!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Peguam Negara Wajar Keluarkan Kenyataan Rasmi Jelaskan Alasan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Keputusan Pembebasan Kunan Telah Ditarik Balik!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  1. Pada hari ini, 18.11.2021, MALAYSIAKINI bertajuk “‘AGC batalkan rayuan terhadap keputusan bebaskan Ku Nan'” telah melaporkan :

“Bekas Menteri Tengku Adnan Tengku Mansor kini boleh menarik nafas lega setelah kerajaan dilaporkan tidak akan meneruskan rayuan terhadap pembebasannya dalam kes rasuah sebelum ini.

Empat bulan lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan ahli parlimen UMNO itu bersalah dalam kes rasuah berjumlah RM2 juta.

Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Semalam, The Edge dalam laporannya berkata ia telah “difahamkan dengan pasti” yang pihak pendakwaan telah menarik balik rayuannya.”

  1. Pada hakikatnya dan sememangnya BUDI BICARA MUTLAK untuk merayu ataupun meneruskan dengan rayuan mahupun menarik balik rayuan mana-mana rayuan di mana-mana tahap MAHKAMAH yang difailkan oleh pihak Pejabat Peguam Negara dalam sesuatu perkara jenayah adalah terletak di tangan PEGUAM NEGARA sebagai PENDAKWARAYA menurut peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
  2. Itu bukanlah isunya dalam penulisan ini.
  3. Namun, dalam mana-mana perkara JENAYAH terhadap mana-mana pemimpin kerajaan mahupun ahli politik adalah menjadikan perkara itu satu perkara kepentingan awam, yang memerlukan setiap langkah yang diambil dan mana-mana tindakan yang dibuat oleh kesemua pihak berkaitan, apatah lagi oleh Pejabat Peguam Negara itu, WAJIB disusuli dengan satu KENYATAAN RASMI oleh Peguam Negara memberikan penjelasan LENGKAP dan PADAT, supaya tidak ada asas untuk mana-mana pihak cuba menampilkan persepsi negatif yang salah terhadap setiap pihak yang terlibat dalam pengurusan perkara perundangan dan kehakiman JENAYAH di negara ini.
  4. Hatta, sekiranya berita berkaitan penarikan balik Rayuan oleh PENDAKWARAYA itu adalah benar dan disahkan, maka ianya untuk berulang kali dalam kes-kes kepentingan awam seperti kes KuNAN ini, Rakyat berkah menuntut Pejabat Peguam Negara untuk mengeluarkan KENYATAAN RASMI berkenaan sesegera mungkin, dan janganlah dinanti sehinggakan mana-mana penjelasan lewat cuma akan dianggap sebagai alasan yang cuba “menegakkan benang yang basah” sahaja, kelak dek kelewatannya nanti.
  5. Apatah lagi dalam perkara JENAYAH yang telah dihadapi oleh KuNAN itu, pembebasan yang diberikan oleh MAHKAMAH RAYUAN bukanlah satu keputusan sebulat suara, malah adalah keputusan majoriti 2:1, yang bermaksud ada seorang Hakim MAHKAMAH RAYUAN yang percaya keputusan MAHKAMAH TINGGI untuk sabitkan KuNAN dahulu adalah betul daripada segi amalan biasanya mengukuhkan kedudukan untuk TERUSKAN dengan Rayuan ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN.

TANPA GUNDAH – GANJARA!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )