KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Para Menteri Kerajaan Perikatan Nasional Buktikan Keperluan Parlimen Dibuka Untuk Bersidang Ketika Pelaksanaan Darurat!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Para Menteri Kerajaan Perikatan Nasional Buktikan Keperluan Parlimen Dibuka Untuk Bersidang Ketika Pelaksanaan Darurat!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :

Sejak lebih 4 bulan yang lalu, Rakyat Malaysia sudah ketahui bahawa di bawah permintaan KERAJAAAN PERIKATAN NASIONAL (PN) pada 11.01.2021, KeBawah Duli YDP AGONG telah perkenankan PROKLAMASI DARURAT, dan di atas permintaan Kerajaan PN yang sama, melalui ORDINAN #1 DARURAT yang juga berkuatkuasa mulai 11.01.2021, antara lain, persidangan PARLIMEN pun telahpun digantung semasa pelaksanaan DARURAT ini.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/558568)

Ramai di kalangan ahli Dewan Rakyat, penganalis politik dan pakar perundangan telah sejak sekian lama memberikan pandangan tentang “KEMATIAN dan KEMUDARATAN DEMOKRASI” di negara ini sekiranya PARLIMEN terus digantung semasa pelaksanaan DARURAT itu, yang tidak langsung dilayan oleh Kerajaan PN sehingga kini, yang juga memegang kuasa eksekutif (kuasa urus tadbir negara) semasa DARURAT ini.

(Link Laporan : https://www.astroawani.com/…/demokrasi-malaysia-telah…)

Isu penggantungan persidangan PARLIMEN oleh Kerajaan PN itu telah juga menarik keperluan KeBawah Duli YDP AGONG untuk keluarkan TITAH PENJELASAN pada 24.02.2021 yang mengesahkan bahawa PARLIMEN boleh bersidang semasa tempoh DARURAT berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN.

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/parlimen-boleh-bersidang…)

Ianya dalam pengetahuan penuh kesemua Rakyat Malaysia yang prihatin bahawa TITAH PENJELASAN KeBawah Duli YDP AGONG ini, walaupun diumumkan sejak 3 bulan yang lau, namun Kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri TS MUHYIDDIN masih mengingkari ke tahap menderhakai TITAH PENJELASAN itu di atas kegagalan mematuhinya sehingga ke tarikh ini.

Walau bagaimanapun, anehnya, beberapa tindakan yang diambil oleh beberapa MENTERI Kerajaan PN yang dilantik Perdana Menteri yang sama, TS MUHYIDDIN, sejak beberapa hari yang kebelakangan ini dengan jelas menzahirkan KEWAJIBAN dan KEPERLUAN BERASAS kenapa persidangan PARLIMEN wajib segera dibenarkan!!

Yang pertamanya, telah tertular satu Video yang memaparkan ANWAR IBRAHIM yang juga Ahli Dewan Rakyat PORT DICKSON, sebagai Ketua Pembangkang PAKATAN HARAPAN (PH) membangkitkan pelbagai persoalan berhubung isu COVID-19 dan proses VAKSINASI yang dikatakannya memerlukan jawaban jelas daripada MENTERI berkenaan, yang kemudiannya diikuti dengan tularan satu video lain di mana Menteri berkenaan, KHAIRY JAMALUDDIN, yang juga Ahli Dewan Rakyat REMBAU telah sampaikan apa yang dikatakan sebagai jawaban kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh ANWAR IBRAHIM itu!

(Link Video : https://www.youtube.com/watch?v=utmIHKK56GQ)

(Screenshot Laporan FREEMALAYSIATODAY 21.05.2021 bertajuk “‘Sesi soal jawab tak hadir, lepas tu buat tuduhan palsu,’ KJ jawab Anwar” : Ruang Bawah Kanan Atas)

Yang keduanya, selang berapa hari selepas itu, tertular pula laporan media tentang beberapa persoalan yang dilontarkan melalui media sosial oleh NAJIB RAZAK, Ahli Dewan Rakyat PEKAN, berkaitan perbelanjaan dan pinjaman Kerajaan yang dikatakannya tidak dijustifikasi dan memerlukan jawaban, dan telah kemudiannya pula disusuli dengan Menteri Kewangan Senator TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ yang membuat pilihan untuk memberi jawaban beliau melalui tularan Video di media massa juga!

(Link Laporan MYKMU.NET 27.05.2021 bertajuk “Pinjaman kerajaan setakat Mei adalah sekitar RM99.3 bilion, bukan RM115.53 bilion” : https://mykmu.net/2021/05/27/zafrul-jawab-najib/)

(Screenshot  Laporan MYKMU.NET 27.05.2021 bertajuk “Pinjaman kerajaan setakat Mei adalah sekitar RM99.3 bilion, bukan RM115.53 bilion” : Ruang Bawah Kanan Bawah)

Saya tidak melalui penulisan ini berhasrat untuk membincangkan kewajaran persoalan-persoalan Ahli Dewan Rakyat PORT DICKSON dan PEKAN berkenaan, mahupun tentang nilai jawaban yang diberi oleh Ahli Dewan Rakyat REMBAU sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Senator Menteri Kewangan, masing-masing.

Apa yang PENTING adalah penzahiran FAKTA yang tidak boleh dipertikaikan bahawa pada dasarnya dalam keadaan negara kita mempunyai sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN yang berfungsi sebelum “kacau ganggu” melalui penggantungan persidangan Dewan Rakyat (yang dilakukan oleh Kerajaan PN ini semasa pelaksanaan DARURAT kini), sesi SOAL dan JAWAB seperti yang dirujuk di atas adalah LUMRAH dan KEPERLUAN sebenar persidangan PARLIMEN!

Walhal, sekiranya JAWABAN yang diberi oleh para MENTERI di PARLIMEN tidak memadai, maka Ahli Dewan Rakyat berhak dan boleh memajukan Soalan Tambahan untuk dijawab di PARLIMEN oleh MENTERI berkenaan semasa persidangan PARLIMEN itu, tanpa seperti keadaan sekarang yang mana mungkin menimbulkan keperluan Ahli Dewan Rakyat berkenaan untuk terus keluarkan Video lanjut dari hari ke hari tanpa kesudahan!

PERSOALAN WAJAR :

“Bukankah Menteri KHAIRY JAMALUDDIN dan Menteri TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ telah BERJAYA BUKTIKAN bahawa tindakan Kerajaan PN untuk menggantung persidangan PARLIMEN adalah satu tindakan yang bukan sahaja DANGKAL dan berbentuk DERHAKA kepada TITAH PENJELASAN KeBawah Duli YDP AGONG, malah merugikan Rakyat Malaysia yang dahagakan pelaksanaan dan bukannya pembantutan sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN??!!”

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )