KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Memalukan – Sudah 64 Tahun Merdeka Tapi Belum Ada Perlembagaan Persekutuan Yang Sahih Dan Diiktiraf Dalam Bahasa Melayu!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Memalukan – Sudah 64 Tahun Merdeka Tapi Belum Ada Perlembagaan Persekutuan Yang Sahih Dan Diiktiraf Dalam Bahasa Melayu!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  1. Semestinya ramai yang akan terkejut untuk mengetahui bahawa PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN iaitu undang-undang tertinggi negara dan rukun ke-3 dalam RUKUN NEGARA “Keluhuran Perlembagaan” yang SAHIH yang diiktiraf adalah cuma dalam Bahasa Inggeris, dan belum ada naskah SAHIH dalam Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) walaupun Perkara 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dengan sendirinya memperuntukkan Bahasa Melayu (dan bukannya Bahasa Inggeris) sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini!
  2. Menurut Perkara 160B PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :

“Authoritative text 160B. Where this Constitution has been translated into the national language, the Yang di-Pertuan Agong may prescribe such national language text to be authoritative, and thereafter if there is any conflict or discrepancy between such national language text and the English language text of this Constitution, the national language text shall prevail over the English language text.”

  1. Hatta, demi MARUAH NEGARA dan RAKYATnya, tanpa berdolak-dalih, ianya menjadi tanggungjawab utama mana-mana Kerajaan yang mentadbir negara untuk dengan serta-merta mengadakan TEKS SAHIH dalam Bahasa Melayu disediakan dan diperkenankan oleh KeBawah Duli YDP AGONG, supaya ianya diiktiraf sebagai teks PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang sah, di bawah Perkara 160B PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang ada!
  2. Ianya juga menjadi tanggungjawab Peguam Negara untuk memberi nasihat khusus kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, serta KeBawah Duli YDP AGONG, berkaitan ketinggalan yang amat memalukan berkaitan teks sahih dalam Bahasa Melayu PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN itu!
  3. Pandangan saya ini yang dipetik oleh rakan pemberita dalam menyokong Kenyataan Awal Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Hj Zainul Rijal Abu Bakar, adalah diterbitkan oleh SAMUDERA.MY 16.11.2021 bertajuk “Teks Sahih Perlembagaan Dalam Bahasa Melayu Sewajibnya Dipinda Sejak 60 Tahun Lalu – Haniff Khatri”, adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan rujukan para pembaca.

BAHASA JIWA BANGSA!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )