KOLUMNIS HANIFF KHATRI: MAIPS Mengambil Langkah Proaktif Untuk Pohon Mencelah Dalam Petisyen Perceraian Ibu Bapa Anak Muallaf & Biayaan Belanja Kehidupan!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: MAIPS Mengambil Langkah Proaktif Untuk Pohon Mencelah Dalam Petisyen Perceraian Ibu Bapa Anak Muallaf & Biayaan Belanja Kehidupan!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 08.03.2022 MAJLIS AGAMA ISLAM & ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) telah memfailkan PERMOHONAN dalam prosiding penceraian antara ibu, Loh Siew Hong (LOH) dan bapa, Muhammad Nagashwaran Muniandy (NAGASHWARAN) untuk kebenaran PENCELAHAN dalam prosiding itu agar MAIPs dapat kemudiannya membuat PERMOHONAN VARIASI PERINTAH PENJAGAAN yang diberikan kepada ibu LOH supaya MAIPs dapat memperolehi akses memberikan bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga anaknya, ketika di bawah jagaan ibu bukan beragama Islam.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/613547)

Pada 17.03.2022, PERMOHONAN PENCELAHAN MAIPs itu telah dipanggil untuk pengurusan di mana MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR telah mengeluarkan satu PERINTAH HALANGAN terhadap kesemua media biasa dan media sosial dalam apa bentuk atau cara sekalipun untuk TIDAK DEDAHKAN dan TIDAK LAPORKAN nama (nama asal atau nama terkini), gambar dan identiti ketiga-tiga anak berkenaan, berkuat kuasa secara prospektif mulai dari tarikh PERINTAH itu, dan selanjutnya MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR juga telah menetapkan PERMOHONAN PENCELAHAN MAIPs untuk BICARA secara fizikal pada 29.04.2022.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/614747…)

Pada 25.03.2022, ibu, Loh Siew Hong (LOH) telah memfailkan Permohonan Kebenaran untuk SEMAKAN KEHAKIMAN bagi tujuan membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak Muallaf bawah umur yang telah didaftarkan pengislamannya di Perlis, di mana ianya difailkan terhadap Pendaftar Muallaf Perlis, MAIPs, Mufti Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis, dan kini ditetapkan untuk BICARA Permohonan Kebenaran itu secara sesepihak (Ex-Parte) pada 17.05.2022.

(Link Laporan : https://www.thestar.com.my/…/single-mother-loh039s…)

Pada hari ini, 29.04.2022, PERMOHONAN PENCELAHAN MAIPs itu telah dipanggil untuk BICARA di mana MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR telah mendengar HUJAHAN LISAN sebagai tambahan kepada HUJAHAN BERTULIS kedua-dua pihak, MAIPs dan ibu, Loh Siew Hong (LOH), dan kini menentukan KEPUTUSAN terhadap PERMOHONAN PENCELAHAN MAIPs ditetapkan pada 15.06.2022 jam 2.30 petang.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )