KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Laporan Polis Berhubung Tularan “Mesej Whatsapp” Yang Dilaporkan Pegawai Adun Kuang

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Laporan Polis Berhubung Tularan “Mesej Whatsapp” Yang Dilaporkan Pegawai Adun Kuang

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salam Sejahtera

  1. Pada 19.03.2021 pihak media memetik kenyataan ADUN Kuang SALLEH AMIRUDDIN berhubung satu Laporan Polis yang telah dibuat di IPD Dang Wangi oleh seorang pegawainya yang merujuk kepada tularan satu “mesej whatsapp” yang memaparkan satu kenyataan bertulis kononnya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PPBM (BERSATU) sejurus selepas satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.
  2. Lanjutan daripada itu media juga telah laporkan bahawa ADUN Kuang SALLEH AMIRUDDIN telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak POLIS berikutan Laporan Polis susulan yang dibuat oleh Peguam ROSLI DAHLAN berhubung perkara yang sama, dan ditambah juga Laporan Media lanjut yang mengatakan bahawa ADUN Kuang SALLEH AMIRUDDIN telah juga membuat satu lagi Laporan Polis lanjutan berhubung kandungan Laporan Polis Peguam ROSLI DAHLAN berkenaan.
  3. Saya sesungguhnya percaya bahawa secara objektif pihak berkuasa POLIS perlu melakukan siasatan menyeluruh berkaitan kesemua Laporan Polis berkenaan keseluruhan perkara ini :
  4. Untuk “mengesahkan adakah kenyataan itu (“mesej whatsapp”) yang dikatakan tertular itu, adalah SAH dan BETUL dikeluarkan oleh mana-mana pihak selepas mesyuarat MPT Bersatu berkenaan, serta jika tularan “mesej whatsapp” itu adalah palsu dan fitnah maka pelaku salah itu dibawa ke muka keadilan di atas salahlaku FITNAH terbabit, dan kemudiannya diikuti dengan siasatan lanjut,
  5. Iaitu, “Jika ianya dikeluarkan dengan sah dan betul maka kandungannya perlu disiasat kerana perkara-perkara lanjut yang terkandung dalam “mesej whatsapp” itu, antara lain ada juga mendedahkan alegasi yang bersempadankan jenayah terhadap kepentingan Rakyat dan negara.
  6. Pandangan saya itu telah dipetik oleh rakan pemberita THE MALAYSIAN INSIGHT 02.04.2021 bertajuk “Peguam gesa polis siasat dakwaan sogokan penyelesaian 1MDB” yang mana adalah disalinkan di sini secara ‘copy & paste’ untuk kemudahan para pembaca.

THE MALAYSIAN INSIGHT 02.04.2021 :

‘Peguam gesa polis siasat dakwaan sogokan penyelesaian 1MDB’ –

“POLIS perlu menyiasat laporan mengenai dakwaan kononnya terdapat sogokan berkaitan penyelesaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan Goldman Sachs, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata siasatan mengenai perkara itu penting untuk menentukan kebenaran dan bagi menghilangkan keraguan jika ada pihak yang menerima komisen berhubung penyelesaian tersebut.

Beliau menambah yang siasatan juga perlu menentukan apakah ada salah laku oleh mana-mana pihak seperti didakwa beberapa pihak.

“Saya rasa kita harus melihatnya secara objektif. Saya percaya ada pihak yang membuat laporan polis meminta perkara itu disiasat terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga berkata mereka yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat itu harus dihadapkan ke mahkamah jika dakwaan tersebut didapati palsu.

“Tetapi jika kenyataan itu sendiri salah dan memfitnah, maka mungkin siasatan harus diteruskan untuk mengenal pasti pelaku yang menyebarkan maklumat atau mesej jahat tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan dan persoalan mengenai tindakan terhadap 1MDB,” katanya

“Oleh itu, saya yakin laporan polis adalah untuk membantu menyelesaikan masalah ini,” tambahnya.

Adun Kuang Sallehudin Amiruddin baru-baru ini membuat laporan polis yang mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan viral yang jutaan ringgit dibayar kepada sebuah parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi berhubung penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan itu, sambil menambah itu adalah satu lagi usaha pembangkang untuk memfitnah parti dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Peguam Rosli Dahlan, penasihat utama 1MDB juga membuat laporan polis terhadap Sallehudin, Lokman Adam dan penulis blog Mohd Hanizam Yunus kerana dakwaan jahat yang menuduh beliau menerima berbilion ringgit sogokan daripada Goldman Sachs dalam penyelesaian 1MDB itu.

Laman web pemberi maklumat, Sarawak Report juga menyebut sumber yang 5% daripada penyelesaian dengan Goldman Sachs diberi sebagai komisen kepada perunding utama yang dilantik oleh kerajaan.

Lembaga pengarah 1MDB baru-baru ini berkata dalam satu kenyataan yang penasihat undang-undang dilantik untuk proses itu tidak dibayar berdasarkan komisen.

“Penasihat undang-undang ini dibayar berdasarkan kos waktu yang dipersetujui sebelumnya, dan bukan berdasarkan komisen atau peratusan nilai penyelesaian, atau aset yang diperoleh kembali,” katanya dalam satu kenyataan pada 26 Mac.

Lembaga pengarah berkata keutamaannya adalah untuk mendapatkan kembali aset yang berkaitan dengan dana pembangunan strategik negara itu.

Pengarah 1MDB berkata wang tunai penyelesaian bernilai AS$2.5 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Akaun Amanah) yang disenggara oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. – 2 April, 2021.”

(Link Laporan : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/308448)

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )