KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Kenyataan Ketua Hakim Negara Berpaksikan Konsep Kedaulatan Undang-Undang & Amat Dihargai

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Kenyataan Ketua Hakim Negara Berpaksikan Konsep Kedaulatan Undang-Undang & Amat Dihargai

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 05.01.2023 pihak media telah melaporkan Kenyataan Peguam Utama NAJIB RAZAK iaitu SHAFEE ABDULLAH berkenaan pemfailan Petisyen Aduan oleh NAJIB RAZAK kepada UNWGAD, iaitu satu badan yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) melalui UNHCR, bagi tujuan mengadu kononnya telah berlaku kemungkiran keadilan terhadapnya (NAJIB RAZAK) semasa pendengaran Rayuan terakhir SRC di MAHKAMAH PERSEKUTUAN tahun lalu, yang kononnya telah selanjutnya menjejaskan hak keadilan asasi terhadap dirinya.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/650446)

Pada masa itu terdapat pelbagai pihak termasuk saya, yang telah memberikan pendapat perundangan berkaitan pembatasan dan kekangan  mana-mana badan antarabangsa untuk mencampuri urusan undang-undang dalaman mana-mana negara berdaulat seperti Malaysia, dan pada masa yang sama, terus menghormati hak peribadi serta tanpa mempersoalkan hak NAJIB RAZAK untuk memajukan  Petisyen Aduan berkenaan kepada UNWGAD.

(Link Laporan : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/421641) &

(Link Video : https://www.youtube.com/watch?v=RXOFj7uW8G8)

Pada hari ini, 09.01.2023, Ketua Hakim Negara TUN TENGKU MAIMUN TUAN MAT dalam menjawab soalan daripada pemberita ketika sidang media di luar acara Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi, telah dipetik oleh MALAYSIAKINI 09.01.2023 bertajuk “Ketua Hakim: Terpulang pada Najib jika mahu fail petisyen pada PBB” sebagai berkata:

“Justeru, katanya, terpulang kepada Najib jika mahu merujuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Tengku Maimun berkata bahawa badan kehakiman tidak terjejas oleh petisyen Najib kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) berhubung dakwaan “penahanan sewenang-wenangnya”.

“Dia boleh melakukan apa yang dia mahu kerana kami telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami.

“Apa sahaja jalan yang dia ingin terokai, itu bukan tanggungjawab kami. Terpulang kepada dia apa yang dia mahu lakukan,”

(Laporan penuh MALAYSIAKINI 09/01/2023 bertajuk “Ketua Hakim: Terpulang pada Najib jika mahu fail petisyen pada PBB” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

https://www.malaysiakini.com/news/650903

Kenyataan Ketua Hakim Negara berkenaan bukan sahaja BETUL dan TEPAT berpandukan prinsip undang-undang antarabangsa dan tempatan, malah dalam masa yang sama adalah satu kenyataan berpandukan konsep kedaulatan undang-undang untuk menghormati HAK setiap pihak untuk mengambil apa-apa langkah yang sedia ada untuk kepentingan peribadi beliau selagi ianya SAH WUJUD di sisi undang-undang, walaupun undang-undang antarabangsa yang tidak mempunyai kesan kepada sistem kehakiman dan keadilan dalam negara.

Dengan Takzim, pohon izin UCAP TAHNIAH kepada Ketua Hakim Negara dan keseluruhan sistem kehakiman negara, di atas Kenyataan yang TEPAT dan BETUL serta mematuhi konsep kedaulatan undang-undang dalam menghormati HAK mana-mana  individu untuk mengambil langkah-langkah yang sedia ada untuk kepentingan dirinya!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )