KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Jawatankuasa Siasatan Isu Batu Puteh Wajib Dianggotai Ahli Yang Tiada Berkepentingan

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Jawatankuasa Siasatan Isu Batu Puteh Wajib Dianggotai Ahli Yang Tiada Berkepentingan

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  1. Pada 09.10.2021 MALAYSIAKINI bertajuk “PM umum penubuhan jawatankuasa khas siasat kematian Adib” telah memetik Perdana Menteri ISMAIL SABRI YAAKOB berkata antara lain :

” … jemaah menteri juga bersetuju agar semakan semula undang-undang dibuat berkenaan kes Pulau Batu Puteh.

Katanya, pasukan petugas khas ini akan diwujudkan bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali.”

  1. Saya telah memberi pendapat saya berkaitan perkara ini dalam Video saya yang dimuat naik di Siri : 2931, dan telah dipetik oleh SAMUDERA.MY 10.10.2021 bertajuk “Kerajaan Jangan Flip Flop Dengan Undang-Undang Antarabangsa – Haniff Khatri”, untuk kemudahan para pembaca.
  2. Namun, pada hari ini, Ahad 14.11.2021 MALAYSIAKINI bertajuk “Pasukan petugas khas ditubuh semak kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan” telah melaporkan penubuhan JAWATANKUASA SIASATAN dan keanggotaannya, antara lainnya seperti berikut :

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan yang akan diketuai bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali itu, turut akan mengesyorkan pilihan terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan.

Menurut Wan Junaidi selain Mohamed Apandi, pasukan itu antaranya turut akan terdiri daripada dua peguam tempatan yang mengendalikan kes ini dari 2016 hingga 2017 iaitu Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, serta wakil-wakil dari Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Kerajaan Negeri Johor.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, dan Kementerian Luar Negeri, akan bertindak sebagai urus setia untuk pasukan petugas khas ini,” katanya.”

  1. Bebas daripada isu sama ada JAWANKUASA itu perlu ataupun tidak, satu perkara penting dari sudut konsep KEDAULATAN UNDANG-UNDANG adalah:

“Adakah keanggotaan JAWATANKUASA SIASATAN itu mematuhi keperluan “keadilan sejati” ataupun “natural justice” iaitu, mana-mana pihak yang menggangotai mana-mana badan sisatan tidak boleh mempunyai “kepentingan bercanggah” ataupun “conflict of interest” sama sekali”

  1. Malangnya, penelitian kepada keanggotaan JAWATANKUASA SIASATAN itu seperti yang diumumkan mendapati ianya mengandungi TIGA (3) INDIVIDU yang terbabit dalam pengendalian KEPUTUSAN UNTUK BUAT SEMAKAN dan PENYEDIAAN SEMAKAN yang dibuat kepada ICJ pada tahun 03.02.2017 terhadap KEPUTUSAN ICJ bertarikh 23.05.2008 menurut Perkara 61 STATUT ICJ itu, yang kemudiannya SEMAKAN itu telah ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia pada 01.06.2018, iaitu :
  2. TS APANDI ALI, Bekas Peguam Negara yang memfailkan SEMAKAN pada 01.02.2018 serta penyediaan kes dan hujahan untuk SEMAKAN yang ditarik balik,
  3. Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin (Peguam tempatan yang terlibat dalam penyediaan kes dan hujahan untuk SEMAKAN yang ditarik balik), dan
  4. Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek (Peguam tempatan yang terlibat dalam penyediaan kes dan hujahan untuk SEMAKAN yang ditarik balik).
  5. Semestinya ketiga-tiga individu yang dinyatakan di perenggan atas adalah pihak berkepentingan dan TIDAK WAJAR menggangotai JAWATANKUASA SIASATAN berkenaan.
  6. Walhal, ketiga-tiga individu itu, iaitu TS APANDI ALI, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek adalah antara SAKSI yang perlu dipanggil oleh mana-mana JAWATANKUASA SIASATAN, jika ianya sebenar-benarnya ditubuhkan bagi tujuan yang ADIL dan SAKSAMA, dan bukan bagi tujuan SANDIWARA POLITIK oleh Kerajaan ISMAIL SABRI YAAKOB.
  7. Bukankhan mana-mana KEPUTUSAN yang akan dibuat oleh mana-mana JAWATANKUASA SIASATAN yang dianggotai oleh pihak yang sepatutnya menjadi SAKSI tidak mempunyai pengiktirafan sebagai KEPUTUSAN SAH dan seumpama berniat menegakkan “BENANG YANG BASAH” bagi tujuan kepentingan politik pihak yang berkenaan??!!

TANPA GUNDAH-GANJARA!!!

BERANI KERANA BENAR!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )