KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Janji 9 Bulan Lalu Oleh Peguam Negara Untuk Umum Keputusan Kes Adib Masih Belum Ditunaikan!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Janji 9 Bulan Lalu Oleh Peguam Negara Untuk Umum Keputusan Kes Adib Masih Belum Ditunaikan!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera

  1. Pada 09.10.2021 MALAYSIAKINI bertajuk “PM umum penubuhan jawatankuasa khas siasat kematian Adib” telah memetik Perdana Menteri ISMAIL SABRI YAAKOB berkata antara lain :

“Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet semalam.

Menurutnya, jawatankuasa ini akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Idrus Harun.

“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan.

  1. Saya telah memberi pendapat saya berkaitan perkara ini dalam Video saya yang dimuat naik di Siri : 2931, dan telah dipetik oleh SAMUDERA.MY 10.10.2021 bertajuk “Adib: Jawatankuasa Bersifat Politik, Peguam Negara Mesti Umumkan Keputusan Dijanjikan – Haniff Khatri”, yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan para pembaca.
  2. Pada hakikatnya, pada 29.03.2021 yang lalu, saya telah mengutuskan satu SURAT TERBUKA kepada PEGUAM NEGARA berkaitan KES ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM (Allahyarham ADIB) (Sila lihat Siri : 2548) di mana saya telah menyatakan kepada Peguam Negara TS IDRUS HARUN :

“6. Seperti yang Tan Sri sudah sedia maklum, setakat pada tarikh surat ini, sudah lebih DUA (2) TAHUN EMPAT (4) BULAN berlalu sejak kematian ALLAHYARHAM ADIB pada 17.11.2018, dan sudah lebih SATU (1) TAHUN ENAM (6) BULAN sejak Keputusan MAHKAMAH INKUES pada 27.09.2019 dan juga sudah SATU (1) BULAN SETENGAH sejak kenyataan terakhir Tan Sri bahawa Pejabat Tan Sri akan membuat keputusan muktamad, seperti yang dilaporkan oleh Laporan MALAYSIAKINI 15.02.2021 itu, namun kesemua pihak yang terkesan terutamanya keluarga ALLAHYARHAM ADIB serta majoriti Rakyat Malaysia yang prihatin masih menanti keputusan muktamad kes ALLAHYARHAM ADIB ini.”

  1. Satu ISU PERUNDANGAN PENTING berkaitan perkara ini adalah :

“Adakah penubuhan JAWATANKUASA SIASATAN KES ADIB” yang ditubuhkan oleh Kerajaan DS ISMAIL SABRI YAAKOB adalah di atas nasihat yang sebenar-benarnya diberi oleh Peguam Negara TS IDRUS HARUN ataupun adalah sandiwara politik oleh Kerajaan terkini?!”

  1. Jawapan kepada PERSOALAN dan ISU PERUNDANGAN PENTING di atas CUMA dan WAJIB dijawab oleh Peguam Negara TS IDRUS HARUN sahaja, kerana AKUJANJI beliau untuk membuat pengumuman berkaitan Kes Allahyarham ADIB yang diberinya pada 15.02.2021, iaitu SEMBILAN (9) BULAN yang lalu pun masih belum ditunaikan!!
  2. Walhal, pada hari ini media telah melaporkan pemakluman Menteri Parlimen dan Undang-Undang WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR bahawa Peguam Negara TS IDRUS HARUN adalah salah seorang anggota yang dilantik dalam JAWATANKUASA SIASATAN KES ADIB yang dipertanggungjawabkan pula kini untuk mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh 6 bulan seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 13.11.2021 bertajuk “K’jaan umum ahli jawatankuasa khas siasat kematian Adib” :

“Kerajaan hari ini mengumumkan senarai ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain Wan Junaidi, jawatankuasa berkenaan dianggotai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican; Peguam Negara, Idrus Harun dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Kamardin Hashim.

Ia turut dianggotai Perunding Kanan Pakar Patologi Forensik RCSI & UCD (Kampus Pulau Pinang), Dr Bhupinder Singh Jeswant Singh; Profesor ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Looi Lai Meng; bekas Profesor Madya Universiti Sains Malaysia yang juga pengamal undang-undang, Dr MP Sundramoorthy; Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik PDRM, Azari Abd Rahman dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan PDRM, SAC Mohammad Abd Hamid.

“5. Demi kepentingan prinsip kedaulatan undang-undang ianya adalah teramat penting untuk  Peguam Negara TS IDRUS HARUN mengeluarkan satu KENYATAAN RASMI yang beliau telah AKUJANJI untuk lakukan SEMBILAN (9) BULAN lalu sejak 15.02.2021 dan menjawab PERSOALAN PENTING yang lanjut sama ada penubuhan JAWATANKUASA SIASATAN KES ADIB” yang ditubuhkan oleh Kerajaan DS ISMAIL SABRI YAAKOB adalah di atas nasihat yang sebenar-benarnya diberi oleh Peguam Negara TS IDRUS HARUN ataupun tidak, kerana Rakyat Malaysia secara amnya, dan demi kepentingan keluaraga Allahyarham ADIB secara khususnya, mana-mana SANDIWARA POLITIK oleh Kerajaan, TIDAK BOLEH dibiarkan menghantui kes Allahyarham ADIB itu lagi. TIDAK SAMA SEKALI!!

TANPA GUNDAH-GANJARA!!! DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )