KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Isu Batu Puteh : Apandi AIi & MB Johor – “Kokok Berderai-Derai, Ekor Bergelumang Tahi”!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Isu Batu Puteh : Apandi AIi & MB Johor – “Kokok Berderai-Derai, Ekor Bergelumang Tahi”!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 24.06.2022, Bekas Peguam Negara APANDI ALI telah dipetik oleh MALAYSIA POST bertajuk “Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu – Apandi”,  dengan merujuk kepada komen APANDI ALI pada posting ‘facebook’ pemilik akaun Salahuddin Hisham SEBAGAI BERKATA :

“BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja.

Sedangkan katanya, penyedilik Jabatan Peguam Negara telah menemui tiga dokumen baharu bagi mempertahankan Pulau Batu Putih.

“Bukan dia tidak tahu pasukan penyelidik dari Jabatan Peguam Negara telah menemui tiga dokumen baharu yang mengatasi surat daripada pemangku SS Johor yang dibuat pada tahun 1953.

“Bukan dia tidak tahu pendengaran kes di ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) telah di tetapkan pada 11 Jun 2018.

“(Dr Mahathir) melepaskan kedaulatan negara dengan begitu sahaja,” katanya di ruangan komen Facebook pemilik akaun Salahuddin Hisham.

(Link Laporan : https://malaysiapost.com.my/2022/06/24/pulau-batu-putih-tun-m-melepaskan-kedaulatan-negara-begitu-saja-apandi/)

Pada 26.06.2022 pula, Menteri Besar Johor ONN HAFIZ GHAZI telah dipetik oleh BH ONLINE bertajuk “‘Ambil tindakan pihak punca negara hilang Batu Puteh’ – MB Johor” sebagai berkata :

“Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh.

Beliau mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu telah terkhilaf apabila menarik balik rayuan tuntutan ke atas Batu Puteh yang bukan sahaja telah meninggalkan satu duluan atau ‘precedent’ buruk kepada negeri dan negara, malah mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia yang berdaulat.

“Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tiada ruang untuk pemimpin mengambil ringan atau alpa dalam mempertahankan kedaulatan negara walau sekecil atau sekelumit manapun saiz kawasan yang menjadi rebutan, setiap inci perlu kita jaga dan pertahankan.

“Semoga tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianatan ini,” katanya ketika sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.”

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/970091/ambil-tindakan-pihak-punca-negara-hilang-batu-puteh-mb-johor)

Kedua-dua kenyataan oleh APANDI ALI dan ONN HAFIZ GHAZI akan dikupas saya berpandukan fakta dan prinsip perundangan melalui BUAL BICARA  bersama Raggie Jessy Rithaudeen pada malam ini, Isnin 27.07.2022 di pautan live streaming seperti yang dikongsikan di Ruang Bawah.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )