KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Buku Memoir Tommy Thomas : Dari Jawatankuasa Pasukan Khas Kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bukan Langkah Efisien & Tepat!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Buku Memoir Tommy Thomas : Dari Jawatankuasa Pasukan Khas Kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bukan Langkah Efisien & Tepat!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selepas buku kontroversi MEMOIR bertajuk MY STORY: JUSTICE IN THE WILDERNESS yang ditulis oleh Bekas Peguam Negara TOMMY THOMAS diedarkan di pasaran pada awal tahun 2021, pelbagai pihak telah membuat laporan aduan jenayah kepada pihak berkuasa POLIS, yang mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat mana-mana aduan jenayah, dan sekiranya terdapat asas untuk diambil pertuduhan lanjut maka Kertas Siasatan boleh dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut membawa pertuduhan jenayah, jika ada. Itulah proses betul dan tepat mengikut konsep kedaulatan undang-undang.

Namun, Kerajaan di bawah Perdana Menteri Ke-9 ISMAIL SABRI YAAKOB pada 09.08.2021, iaitu 8 bulan selepas buku itu keluar di pasaran, telah memilih untuk menubuhkan satu JAWATANKUASA KERJA yang tiada sumber kuasa perundangan, bagi mengkaji, meneliti dan membuat rekomendasi berhubung kandungan buku berkenaan, yang secara tidak langsung, semestinya telah mengakibatkan pihak berkuasa seperti POLIS  akan berhenti membuat siasatan berkenaan aduan-aduan terdahulu sempena menanti Laporan JAWATANKUASA KERJA berkenaan.

(Link Laporan : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kabinet-setuju-tubuh-pasukan-petugas-khas-siasat-tommy-thomas-pm-324430)

Walaupun, pada hakikatnya dan sememangnya JAWATANKUASA KERJA tidak mempunyai kuasa perundangan, namun selepas tempoh lebih 10 bulan dari tarikh penubuhannya Laporan JAWATANKUASA KERJA itu telah dibentangkan kepada Kabinet, yang kononnya mengandungi 19 penemuan dan pelbagai REKOMENDASI kepada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan untk siasatan dan tindakan lanjut.

(Link Laporan :  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/994079/siasatan-buku-tommy-thomas-selesai-kenal-pasti-19-isu-pentinghttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1015191/laporan-siasatan-dakwaan-buku-tommy-akhirnya-didedahkan-akses)

Tambahan pula, pada 30.09.2022 Perdana Menteri Ke-9 ISMAIL SABRI YAAKOB telah (selepas mengakibatkan pemberhentian siasatan untuk lebih 20 bulan dengan penubuhan JAWATANKUASA KERJA dan penantian Laporannya) telah keluarkan kenyataan mengarahkan “… agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan bagi menyiasat kemungkinan wujud salah laku oleh bekas Peguam Negara … “.

(Link Laporan : https://www.sinarharian.com.my/article/223713/berita/nasional/ismail-sabri-arah-siasatan-lanjut-ke-atas-tommy-thomas)

Aneh dan pelik, apabila pada hari semalam, Khamis 12.01.2023 Kerajaan baharu di bawah ANWAR IBRAHIM pula telah melalui Kenyataan Menteri Parlimen dan Undang-Undang AZALINA OTHMAN SAID mengumumkan pengadaan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) pula bagi tujuan siasatan ke atas buku yang sama, iaitu, MY STORY: JUSTICE IN THE WILDERNESS, dan walaupun RCI  mempunyai sumber kuasa perundangan penubuhannya di bawah Akta Parlimen, namun ianya masih cuma boleh membuat inkuiri, siasatan, telitian dan rekomendasi yang perlu sahaja, tanpa boleh mengambil tindakan secara peribadi, rekomendasi yang mana kita dimaklumkan sudah dibuat oleh JAWATANKUASA KERJA terdahulu.

(Link Laporan : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jemaah-menteri-setuju-rci-ditubuh-siasat-buku-tommy-thomas-401435)

Pada hari semalam, rakan pemberita telah menghubungi saya tentang perkembangan terbaharu penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berkenaan buku MY STORY: JUSTICE IN THE WILDERNESS, dan telah antara lain memetik pandangan saya itu dan laporkan dalam cetakan Bahasa Inggeris THESTAR 13.01.2023 bertajuk “Lawyers: RCI may be repeating work of task force”, yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan bacaan.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/01/13/lawyers-rci-may-be-repeating-work-of-task-force

THESTAR 13.01.2023:

‘Lawyers: RCI may be repeating work of task force’ Haniff Khatri: “The findings of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on the allegations in former Attorney General Tan Sri Tommy Thomas’ book may be a repetition of the work of the earlier task force, say lawyers.

Haniff Khatri Abdulla questioned what the government wanted to achieve with an RCI as the task force that was set up in 2021 to investigate the same matter had already made its proposals.

He was responding to the statement by Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reforms) Dat0′ Sri Azalina Othman Said on Wednesday that an RCI would be set up to further scrutinise Thomas’ memoir My Story: Justice in the Wilderness published in January 2021.

“When they (the previous government) formed the task force to investigate the allegations in Thomas’ memoir, that itself was a waste of time and money as more than a hundred police reports were already lodged against the book.

“The authorities then could have filed the investigation papers and then if there was a possibility of a committed crime, the papers could have been sent to the Attorney General and Thomas tried in a court of law in due process.

“Now, what other recommendations can this RCI come up with that will differ from what the task force has proposed in detail?” Haniff said, pointing out that the task force was made up of judges.

He opined that the task force had no legal basis and findings of the RCI too would not be legally binding.

“If Azalina is serious in reforming the laws, then take the necessary action by allowing the authorities to investigate and charge Thomas if need be,” he said.

DEMI AGAMA DAN NEGARATERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )