KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Anugerah Kerajaan Kepada Bekas Perdana Menteri Bukan Hak Automatik!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Anugerah Kerajaan Kepada Bekas Perdana Menteri Bukan Hak Automatik!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

  1. Sejak kebelakangan ini banyak tertular laporan berkaitan isu NAJIB RAZAK, seorang bekas Perdana Menteri dan permohonannya untuk memperolehi ganjaran berbentuk tanah dan rumah bernilai RM 100 juta di bawah AKTA 237, seperti yang dilaporkan oleh BH ONLINE 18.11.2021 bertajuk “Zafrul sahkan Najib mohon ganjaran tanah, rumah nilai RM100 juta” yang melaporkan :

“Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini, mengesahkan di Dewan Rakyat, yang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memohon ganjaran hadiah berupa sebidang tanah dan rumah daripada kerajaan bernilai RM100 juta.

Tengku Zafrul berkata, permohonan itu dibuat oleh Najib selepas Bajet 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat, menyebabkan perincian berkaitan ganjaran terbabit tidak dapat disenaraikan dalam pembentangan belanjawan berkenaan.

Beliau mengesahkan susulan permohonan yang dibuat itu, perbincangan mengenainya sudah diadakan pada Mesyuarat Jemaah Menteri dan menunggu keputusan dimuktamadkan.

  1. Sejak daripada itu pelbagai pihak telah bangkitkan pelbagai persoalan berkaitan antara lain, kewajaran permohonan NAJIB RAZAK itu yang dibuat pada ketika Rakyat negara mengalami masalah kewangan akibat kesan buruk ekonomi semasa pandemik COVID-19, serta kebolehan mana-mana Kerajaan untuk mempersetujui permohonan seperti itu pada masa pihak Mahkamah telahpun di ketika ini mendapati NAJIB RAZAK adalah seorang “PESALAH JENAYAH”, yang sedang menanti keputusan Rayuan di Mahkamah Rayuan, juga masih menghadapi perbicaraan pelbagai pertuduhan lain yang sedang dan akan berjalan di pelbagai Mahkamah setakat ini.
  2. Pada tengahari tadi, Rabu 24.11.2021, seorang rakan pemberita telah bertanyakan pendapat perundangan saya berkaitan isu ini, dan ianya telah dipetik seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI bertajuk “Pakar: K’jaan tak diwajibkan beri rumah, tanah pada bekas PM” yang mana adalah dimuatnaik di Ruangan Bawah untuk kemudahan para pembaca.

MALAYSIAKINI 24.11.2021 :’Pakar: K’jaan tak diwajibkan beri rumah, tanah pada bekas PM’ – Haniff Khatri :

“Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berulang kali mendakwa permohonannya untuk mendapatkan tanah dan kediaman daripada kerajaan adalah “hak” di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak begitu tepat menurut pakar undang-undang yang dihubungi Malaysiakini.

Seksyen 21 akta itu hanya menetapkan bahawa bekas Perdana Menteri berhak mendapat keistimewaan tertentu seperti yang ditetapkan oleh kabinet, tetapi tidak menyatakan apa bentuknya.

Najib mendakwa dia layak mendapatkan rumah berdasarkan keputusan kabinet pada 2003, tetapi pakar mengatakan di bawah akta itu, imbuhan tidak semestinya dalam bentuk kediaman.

Mereka yang bercakap dengan Malaysiakini termasuk Peguam New Sin Yew, Haniff Khatri, Naib Presiden Pro-tem Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Lim Wei Jiet, dan Hannah Yeoh serta Syahredzan Johan dari DAP yang kesemuanya mempunyai latar belakang undang-undang.

‘Kabinet perlu jelaskan keputusan’.

Haniff pula berpendapat kabinet juga boleh mengambil kira kes jenayah melibatkan seseorang bekas Perdana Menteri.

“Ia tertakluk kepada peraturan juga. Walaupun akta itu membenarkan imbuhan, kabinet terikat untuk memutuskan sama ada untuk memberikannya jika seseorang itu tidak tercemar dengan sebarang pertuduhan jenayah atau pun sabitan.

“Ia bukan automatik,” katanya.”

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )