KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Adakah Kenyataan Takiyuddin Hassan Mematuhi Peruntukan Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Yang Terpakai Semasa Pelaksanaan Darurat Kesihatan 2021!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Adakah Kenyataan Takiyuddin Hassan Mematuhi Peruntukan Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Yang Terpakai Semasa Pelaksanaan Darurat Kesihatan 2021!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:

Pada Sabtu 12.06.2021 MALAYSIAKINI bertajuk “Kabinet nasihat Agong isu darurat, kata menteri pada KP Kesihatan” telah melaporkan kenyataan Menteri Parlimen & Undang-undang TAKIYUDDIN HASSAN seperti berikut:

“Kabinet bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata demikian sebagai respons kepada laporan yang memetik Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara mengenai tempoh darurat.

Noor Hisham dipetik dalam laporan Malay Mail semalam sebagai berkata bahawa setelah darurat ditamatkan, tiada apa-apa yang akan dapat menghalang tiga pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

Mengulas mengenai laporan itu, Takiyuddin mengatakan bahawa Agong bertindak atas nasihat kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan ketika keadaan darurat diisytiharkan pada bulan Januari – bagi menangani Covid-19.

“Oleh yang demikian, persoalan mengenai sama ada darurat yang akan tamat pada tarikh tersebut (1 Ogos) diteruskan atau tidak atas budi bicara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Baginda sepertimana yang dibangkitkan tidak seharusnya timbul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“…adalah menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.”

(Laporan lengkap MALAYSIAKINI 11.01.2021 bertajuk “Kabinet nasihat Agong isu darurat, kata menteri pada KP Kesihatan” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

Dari sudut perundangan kekangan dan pemakaian beberapa peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN telah diwujudkan melalui gubalan beberapa Seksyen khusus di bawah ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 yang berkuatkuasa mulai 11.01.2021.

Ianya juga tidak boleh dinafikan bahawa gubalan ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 adalah di atas nasihat yang diberi oleh Jemaah Menteri menurut peruntukan PERKARA 40 PERLEMBAGAAN PERSEKTUAN semasa PROKLAMASI DARURAT dipohon oleh Kerajaan TS MUHYIDDIN YASSIN, walaupun menurut peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN di bawah PERKARA 150(1) juga, keputusan untuk memperkenankan nasihat Kerajaan itu, adalah pada budibicara mutlak KeBawah Duli YDP AGONG, seperti yang dilakukan :

Pada 25.10.2020 dalam MENOLAK nasihat pertama Kerajaan pada 23.10.2020, untuk perkenan DARURAT, dan

b.Pada 12.01.2021 (efektif 11.01.2021) dalam BENAR PERKENAN di atas nasihat kedua Kerajaan pada 11.01.2021.

Apabila diteliti secara perundangan objektif peruntukan Seksyen 2 dan 11 ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021, maka ianya akan manampilkan FAKTA dan HAKIKAT bahawa kenyataan TAKIYUDDIN HASSAN bahawa isu pelanjutan DARURAT itu kononnya masih lagi di bawah tanggungjawab Kerajaan MUHYIDDIN YASSIN, sebagai satu kenyataan yang SALAH dan BERCANGGAH dengan peruntukan ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 yang digubal atas nasihat Kerajaan itu sendiri.

Kandungan Seksyen 2 dan 11 ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 itu berbunyi :

  1. Seksyen 2 ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021

“Jawatankuasa khas bebas

  1. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa khas bebas untuk MENASIHATI Yang di-Pertuan Agong MENGENAI KEWUJUDAN BERTERUSAN DARURAT BESAR yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).

(2) Anggota jawatankuasa khas bebas itu hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.”, dan

  1. Seksyen 11 ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021

“Kuasa eksekutif dan perundangan

  1. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa—

(a) Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang wujud sebaik sebelum Proklamasi Darurat dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang telah diberikan kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan dan mana-mana orang yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang hendaklah terus menjalankan fungsi itu”.

Justeru, walaupun dalam keadaan biasa di luar pada DARURAT, sememangnya Kerajaan melalui Jemaah Menteri akan menasihati KeBawah Duli YDP AGONG menurut PERKARA 40 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dibaca bersama dengan Seksyen 11(a) ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 itu, namun menurut Seksyen 2(1) ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 yang sama, ianya adalah jelas bahawa NASIHAT berhubung KEPERLUAN LANJUTAN DARURAT itu bukannya di tangan Kerajaan TS MUHYIDDIN YASSIN, tetapi telah diletakkan di tangan Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen yang sama.

Perkara ini menjadi lebih jelas apabila diteliti juga Kenyataan Media berkaitan PROKLAMASI DARURAT yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, seperti yang dilaporkan oleh media BERITA RTM 12.01.2021 bertajuk “Agong perkenan pengisytiharan proklamasi darurat” yang jelas menghuraikan tentang tanggungjawab penentuan PELANJUTAN DARURAT atau sebaliknya adalah untuk Jawatankuasa Khas Bebas menasihati KeBawah Duli YDP AGONG, dan bukan mana-mana pihak lain, apatah lagi Kerajaan TS MUHYIDDIN YASSIN:

“Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan serta yang berkaitan.

Jawatankuasa itu antara lain akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Kenyataan turut menyebut perkenan itu telah mengambil kira rundingan Seri Paduka bersama Raja-Raja Melayu.”

(Link Laporan BERITA RTM 12.01.2021 bertajuk “Agong perkenan pengisytiharan proklamasi darurat” : https://berita.rtm.gov.my/…/24811-agong-perkenan…)

Seperti yang Rakyat sedia maklum bahawa Jawatankuasa Khas Bebas itu juga telah ditubuhkan dengan sejumlah 19 orang ahli yang dipengerusikan oleh TUN ARIFFIN ZAKARIA yang mana telah dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri pada 09.02.2021 melalui Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri bertajuk “Kenyataan Media mengenai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021” dan mengesahkan tanggungjawab Jawatankuasa itu untuk menasihati KeBawah Duli YDP AGONG berkaitan tempoh DARURAT mahupun lanjutannya :

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.”

(Link Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri 09.02.2021 bertajuk “”Kenyataan Media mengenai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021” : https://www.pmo.gov.my/…/kenyataan-media-mengenai…/)

Begitu juga, pada hari semalam 11.06.2021 Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, TUN ARIFFIN ZAKARIA telah mengesahkan kerahsiaan laporan Jawatankuasa itu adalah cuma untuk tatapan KeBawah Duli YDP AGONG seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 11.06.2021 bertajuk “Arifin: Laporan jawatankuasa darurat sulit, hanya untuk Agong” :

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 tidak boleh membentangkan laporannya seperti yang diminta beberapa pihak.

Pengerusinya, Arifin Zakaria berkata laporan tersebut adalah sulit dan peribadi (private and confidential), selain hanya boleh dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sahaja.”

(Link Laporan MALAYSIAKINI 11.06.2021 bertajuk “Arifin: Laporan jawatankuasa darurat sulit, hanya untuk Agong” : https://www.malaysiakini.com/news/578558)

Justeru, TAKIYUDDIN HASSAN adalah disarankan untuk patuhi peruntukan Seksyen 2(1) ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 dan sebagai Menteri Parlimen & Perundangan beliau juga wajib menentukan Kerajaan MUHYIDDIN YASSIN tidak mencampuri urusan berkaitan TEMPOH DARURAT yang terletak pada JAWATANKUASA KHAS BEBAS itu, serta juga menjamin dan menentukan bahawa KERAHSIAAN dan KEPERIBADIAN Laporan JAWATANKUASA KHAS BEBAS itu pun dipelihara untuk tatapan dan nasihat KeBawah Duli YDP AGONG sahaja!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )