KOLUMNIS FAIZ FADZIL: SOSMA: PAS telah tukar fatwa berlapikkan dalil yang dibimbangi Islam dilihat rapuh

KOLUMNIS FAIZ FADZIL: SOSMA: PAS telah tukar fatwa berlapikkan dalil yang dibimbangi Islam dilihat rapuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tindakan PAS menyokong Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) hari ini adalah tindakan pelik di mana PAS pernah mendakwa akta ini haram kerana tidak mengikut keadilan Islam.

Malangnya hari ini PAS telah menukar fatwanya dengan berlapikkan dalil yang dibimbangi Islam dilihat rapuh kerana dengan sikap PAS sebegini. Islam melarang kita cenderung kepada perkara yang zalim.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah satu undang-undang statute yang zalim dan drakonian yang bertentangan dengan hak dan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Zalim ini bermaksud peruntukan yang tidak memberikan kebebasan kepada seseorang individu yang ditahan sepertimana undang-undang lazim.

Sebagai contoh, katanya, SOSMA membenarkan tahanan untuk siasatan polis selama 28 hari berbanding 14 hari dalam undang-undang lazim (Kanun Prosedur Jenayah-CPC).

Akses kepada peguam juga dinafikan sepanjang tempoh penahanan 28 hari tersebut.

Sementara menunggu bicara pula, individu tersebut tidak boleh dijamin dan perlu berada dalam penjara, sedangkan di bawah undang-undang lazim, boleh diikat jamin bergantung kepada kesalahan.

Semasa bicara pula, keterangan yang salah (inadmissible) dalam undang-undang lazim juga dianggap boleh diterima. Peruntukan ini amat tidak adil kepada individu tersebut.

Malangnya, kata beliau apa yang berlaku hari ini di Parlimen adalah kelulusan RUU untuk melanjutkan SOSMA berkaitan tempoh penahanan 28 hari untuk penyiasatan polis.

Jelasnya, peruntukan ini memberikan satu tempoh tahanan yang terlalu panjang.

Walaupun ianya satu kuasa kerajaan, namun apabila keseluruhan SOSMA ini zalim, sebarang peruntukan di dalam Akta ini adalah zalim.

Ibarat, enjin kereta yang haram digunakan akan menjadikan kereta tersebut haram.

Parlimen telah meluluskan usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), undang-undang kontroversi yang membenarkan suspek ditahan selama 28 hari tanpa tuduhan atas dakwaan kesalahan keselamatan negara, walaupun mendapat tentangan kuat daripada Ahli Parlimen pembangkang.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun semasa sidang pada Selasa berkata usul itu diluluskan selepas 111 Ahli Parlimen mengundi memihak kepada perlanjutan undang-undang berkenaan, manakala 88 lagi menentangnya dengan 21 lagi tidak hadir untuk mengundi.

Sebelum ini, Dewan Rakyat meluluskan usul dibawa Menteri Dalam Negeri itu bagi membatalkan keputusan yang dibuat pada mesyuarat Parlimen, Mac lepas yang menolak penguatkuasaannya bagi membolehkan tempoh tahanan 28 hari dikekalkan selama lima tahun lagi.

Hamzah telah pertama kali membentangkan usul lanjutan tersebut pada 23 Mac lepas, tetapi gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )