Kluster mahkamah dalam UMNO sila berundur – Ketua Bahagian

Kluster mahkamah dalam UMNO sila berundur – Ketua Bahagian

Penganalisis politik, Datuk M Periasamy, menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman akan mencacatkan imej UMNO, selain berisiko memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Katanya, kenyataan Tajuddin itu antara lain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan akar umbi terhadap semangat dan ketelusan kepemimpinan parti memperjuangkan agenda UMNO.

“Kelemahan dan pergolakan dalaman parti tidak sewajarnya didedahkan secara terbuka kerana ia akan menimbul suasana membentuk persepsi politik berbeza-beza dalam kalangan ahli mahupun rakyat.

“Ia juga sudah tentu akan menjejaskan kredibiliti dan imej parti, terutamanya semasa UMNO sedang mempersiapkan jenteranya bagi menghadapi PRU15 yang dianggap cukup mencabar,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail, berharap pemimpin UMNO yang berdepan kes mahkamah sama ada bersalah atau tidak, berundur daripada jawatan seperti yang diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini.

Pandangan berbeza dikemukakan penganalisis politik, Prof Adjung Dr Jeniri Amir, yang menyifatkan kenyataan Tajuddin tidak memberi kesan kepada UMNO, sebaliknya lebih mencerminkan personaliti yang kecewa.

Beliau berpandangan, kenyataan Tajuddin tidak memberi kesan mendalam kepada UMNO, selain menyifatkan pendedahan itu hanya mengabsahkan dakwaan berkaitan isu sama, sebelum ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )