KLCC dan Menara TRX sudah mencukupi, tiada lagi mercu tanda baharu

KLCC dan Menara TRX sudah mencukupi, tiada lagi mercu tanda baharu

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak berhajat untuk membina mercu tanda baharu di bawah pentadbirannya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sudah mencukupi.

“Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu tanda KLCC dan TRX, saya takkan bersaing. Bawah Anwar, saya tak berhajat buat petanda,” katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023, hari ini.

Sebaliknya, Anwar berkata terdapat keperluan untuk menjana keupayaan kota, kebersihan, keindahan serta memberi ruang dan tumpuan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS), golongan penjaja dan pengusaha warung.

Berdasarkan pemerhatiannya melalui pendekatan makan di warung pada setiap Jumaat, Anwar berkata kurang perhatian diberikan kepada golongan PKS dan penjaja.

“Oleh itu tumpuan membantu sektor itu perlu dalam memastikan rakyat golongan bawah mendapat manfaat dari inisiatif dan pembaharuan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )