KJ keluar UMNO? Biar betul!!

KJ keluar UMNO? Biar betul!!

Tular video berdurasi 2.07 saat itu menggunakan tajuk KJ Keluar UMNO!! Sah, Keputusan Muktamad Khairy Jamaluddin!! yang dimuatnaik pada Khamis lalu.

Justeru, menerusi Instagramnya, bekas Ketua Pemuda UMNO itu hari ini tampil menafikan beliau keluar daripada parti tersebut sebagaimana didakwa sebuah saluran di YouTube.

Beliau menegaskan bahawa beliau tetap UMNO walaupun telah berdepan dengan pelbagai dugaan sebelum ini.

“Saya tidak suka layan berita macam ini tetapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO. Saya menang Ketua Pemuda tetapi tidak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap UMNO.

“Waktu kalah PRU dan macam-macam penganiayaan politik, tetap UMNO. Saya kalah (pemilihan parti) bagi jawatan Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO. Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Jangan risau. Dulu, kini, selamanya,” katanya.

Berdasarkan laporan berkenaan tidak dinyatakan mengenai dakwaan Khairy keluar daripada parti itu sebaliknya hanya berkisarkan kepada kesediaan Khairy sebelum ini untuk melepaskan kerusi Parlimen Rembau kepada Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamad Hasan selain beberapa kerusi berpotensi dikaitkan untuk ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )