Khidmat sebagai YB ‘ke laut’, kerajaan Kelantan dikecam

Khidmat sebagai YB ‘ke laut’, kerajaan Kelantan dikecam

Nampaknya Kerajaan Negeri Kelantan yang menyediakan lori tangki dan tangki statik dengan peruntukan sehingga RM11.6 juta, mendapat kecaman hebat para netizens.

Mungkin kerajaan negeri diterajui PAS itu ‘perasan’ bahawa tindakan tersebut sebagai usahanya meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air, tetapi langkah tersebut dianggap netizen sebagai tidak mampu menyelesaikan masalah sebenarnya.

Ada warganet yang menggesa kerajaan negeri supaya meneliti semula kawasan yang mengalami tekanan air rendah untuk dibina tangki menara dan rumah pam.

Berikut antara kecaman terpilih:

Kecaman 1: “Tangki itu guna bila ada pelan kontigensi saja. Bukan hari-hari. Patut tengok balik kawasan-kawasan yang tekanan rendah untuk buat tangki menara dan rumah pam.

“Dalam kebenaran merancang, ada tengok tak pelan untuk letak tangki air bagi kegunaan kawasan perumahan?” kata Abu Al Hafiy.

Kecaman 2: “Jika air paip tiada bolehlah hantar tangki. Masalahnya air paip ada tapi berselut/berkarat dah bertahun-tahun,” luah Norhayati Jamaluddin.

Kecaman 3: “Gaji berpuluh ribu setiap seorang tapi bodoh dalam mentadbir dan menyelesaikan masalah. Isu air tak boleh uruskan, baik letak jawatan dari politik,” kecam Azwan Abdullah.

Kecaman 4: “Baik hantar van penerangan baca doa minta hujan. Boleh juga jual besen murah-murah, YB,” Mustakeen Yusof menyindir.

Kritikan tersebut antara kecaman orang ramai menerusi komentar bagi hantaran Harakahdaily di Facebook rasmi lidah rasmi PAS itu mengenai peruntukan kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM11.6 juta untuk menyediakan lori tangki dan tangki statik.

Tidak kurang juga yang menyelar barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menikmati kenaikan gaji pokok ribuan ringgit tetapi kualiti kerja dalam berkhidmat kepada rakyat ‘ke laut’.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )