Khalid Samad raikan ‘frontliners’ di akhir Syawal

Khalid Samad raikan ‘frontliners’ di akhir Syawal

Khalid Samad raikan ‘frontliners’ di akhir Syawal

“Para frontliners kita tetap cekal dan teguh menunaikan tugasan yang diamanahkan. Walau pelbagai ujian yang dihadapi, semangat mereka terus mekar demi negara tercinta.”

Begitulah keprihatinan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini yang mengagihkan 600 bekas makanan jamuan hari raya kepada petugas-petugas barisan hadapan di sekitar kawasan Parlimen beliau.

Difahamkan, Khalid mengagihkan pek makanan tengahari kepada petugas-petugas kesihatan di Hospital Shah Alam, dan juga Klinik Kesihatan di Seksyen 7.

Selain itu, sumbangan makanan juga diagihkan kepada pegawai-pegawai polis di Balai Polis Seksyen 6 dan 15, selain turut melibatkan agihan kepada anggota bomba di Seksyen 15.

“Mengakhiri bulan Syawal, saya bersama Pasukan Pusat Peduli Rakyat Ahli Parlimen Shah Alam menyerahkan pek juadah makan tengahari di beberapa lokasi frontliners di sekitar Shah Alam. Sebanyak 600 pek makanan berjaya diagihkan hari ini,” katanya memetik hantaran Facebooknya hari ini.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )