Khairy yakin Agenda Penamat GEG diluluskan

Khairy yakin Agenda Penamat GEG diluluskan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yakin Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang membawa agenda Generasi Penamat (GEG) kepada tabiat merokok bakal diluluskan dalam Dewan Rakyat pada sidang akan datang.

RUU yang sebelum ini dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen, menurut Khairy bakal mempunyai pindaan selepas ia mengambil kira cadangan dikemukakan ahli Jawatankuasa.

Beliau berkata, JPK sudah tiga kali bermesyuarat dan satu lagi mesyuarat akan diadakan minggu depan.

“Secara dasarnya majoriti daripada Ahli Parlimen bersetuju dengan RUU itu. Malah, dalam surat yang ditulis oleh Ketua Pembangkang kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga sebut bahawa secara keseluruhannya Ahli Parlimen Pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH) menyokong RUU ini.

“Cuma mereka minta supaya dibuat beberapa pindaan supaya diperjelaskan kuasa penguatkuasa, diperjelaskan soal denda dan sebagainya.

“Saya percaya kebanyakan daripada isu ini sudah diselesaikan dalam JPK,” katanya kepada media.

Khairy berkata, beliau akan membawa RUU yang sudah diperkemaskan itu kepada mesyuarat JPK minggu depan untuk dipersetujui.

RUU itu yang antara lain bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, disifatkan mengehadkan kebebasan memilih oleh beberapa Ahli Parlimen selepas ia dibentangkan pada Julai lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )