Ketua Penerangan UMNO Terengganu ‘KIPAS’ Zahid

Ketua Penerangan UMNO Terengganu ‘KIPAS’ Zahid

Walaupun, Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini diselubungi pelbagai isu integriti dan pengkhianatan dalam UMNO, namun masih ramai para ‘penjilat’ dan ‘tukang kipas’ yang mengeluarkan kenyataan yang menjengkelkan.

Beliau digesa terus mempertahankan jawatan dan tidak berganjak dengan gesaan pihak tertentu yang mahukan beliau berundur.

Terkini, Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, dilihat mengeluarkan kenyataan kononnya menggesa kepimpinan parti termasuk pemimpin tiga sayap di Terengganu memutuskan bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlu mempertahankan jawatan dan kedudukannya menerajui UMNO.

“UMNO negeri mahu Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tidak perlu melayani desakan supaya berundur, sebaliknya digesa terus memimpin parti untuk membawa kejayaan lebih besar dan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita mengiktiraf kejayaan parti di bawah kepimpinannya termasuk kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK),” katanya.

Nik Dir yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, antara kejayaan paling besar Ahmad Zahid sepanjang menerajui parti adalah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, selain kejayaan mengambil alih Perak daripada terus diterajui pembangkang.

Kipah pok.. kipah kuat-kuat!!  Selagi bulih, biarlah anak cucu sembang sungkur pong.. asal pok teruh dapat jawatang!! Jilat sampai licing!!! (Bahasa Terengganu)

Maksudnya: Bodeklah selagi boleh, walaupun anak cucu jatuh tersungkur dalam hidup mereka, asalkan anda terus memegang jawatan. Jilatlah sampai licin.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )