Ketua Pemuda PAS-UMNO saling menyindir

Ketua Pemuda PAS-UMNO saling menyindir

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari dilihat menyindir tajam Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan mengaitkan kegagalan beliau memenangi pilihan raya.

Sindiran Ahli Parlimen Pasir Mas itu ekoran reaksi Asyraf berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelmarin.

Bekas calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Pasir Puteh pada PRU 2018 itu meminta agar Fadhli tidak bersikap angkuh dengan menyatakan PAS dan Perikatan Nasional (PN) masih mampu menggugat Barisan Nasional (BN) di Melaka.

Sehubungan itu, Fadhli, 41, menegaskan tidak ada pun dia sebelum ini menyatakan PAS mahu menggugat kubu BN seperti didakwa Asyraf, 45.

“Bacalah betul-betul sebelum buat komen tu, bukankah anda Ketua Pergerakan Pemuda.

“Takkanlah nak buat kerja senang macam tu pun tak boleh. Buat kerja rumah sikit ye, jaga taraf kita (Ketua Pemuda) tu.

“Ops maaf, dua kali bertanding pilihan raya dua kali kalah, what you expect,” kata Fadhli diakhiri dengan emoji senyum sinis.

Semalam, Ahmad Fadhli dalam kenyataan medianya menyebut PAS dan PN telah menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan dalam PRN Melaka sebagai pasukan yang dilihat ‘underdog’.

“Walaupun telahan awal menjangkakan PN akan ‘bungkus’ di semua kerusi, ternyata PN berjaya merampas dua kerusi DUN yang dimenangi BN dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )