Ketua Pemuda AMANAH dituduh di Mahkamah hari ini

Ketua Pemuda AMANAH dituduh di Mahkamah hari ini

Ketua Pemuda AMANAH Hasbie Muda dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur 9.00 pagi tadi berkaitan dengan demonstrasi aman turunkan harga barang.

Peguam Muda AMANAH Fadhli Umar Aminolhuda mengesahkan pertuduhan terhadap Hasbie yang difahamkan akan dituduh di bawah Sekseyn 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Demonstrasi Aman Turunkan Harga Barang yang diadakan di Masjid Kg Baru pada 1 Julai 2022 baru-baru ini.

Susulan kenaikan harga barang termasuk minyak masak dan ayam segar pada 1 Julai baru-baru ini satu demonstrasi aman telah berlaku di perkarangan Masjid Kampung Baru apabila ribuan pemimpin dan penyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) mengadakan piket khas bagi membantah kenaikan harga barangan.

Mereka berhimpun sebaik sahaja selesai Solat Jumaat bagi membantah kenaikan harga barang yang kini menjadi masalah utama negara.

Tiga tuntutan mereka adalah, kembalikan subsidi barang makanan yang telah dipotong dan kekalkan subsidi yang ada, hapuskan sistem AP ke atas barangan makanan kerana ia telah menjadi bentuk monopoli dan adakan sidang khas Parlimen bincang isu harga dan bekalan makanan untuk mencari penyelesaian.

Sementara itu, peguam Hasbie, Faiz Fadzil berkata, permohonan bayaran jamin saudara Hasbie Muda sebanyak RM10,000 oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah dikurangkan sebanyak RM3,000. Syarat tambahan jaminan juga dipohon TPR termasuk menyerahkan pasport, melapor diri di Balai Polis dan gag order untuk tidak memberi komen tentang kes ini. Walaubagaimanapun, setelah berhujah, Puan Majistret Wong Chai Sia telah menolak syarat tambahan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )