Kesombongan Hadi di puncak kuasa yang dirampasnya

Kesombongan Hadi di puncak kuasa yang dirampasnya

Semalam Presiden PAS Datuk seri Hadi Awang telah mengeluarkan dalil baharu bagi menghalalkan Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan TEBUK ATAP yang disekongkol dan didalanginya.

Katanya Pengisytiharan darurat bagi menyekat penularan wabak COVID-19 adalah kononnya berlandaskan konsep Siyasah Syar’iyyah (politik Islam) yang diamalkan dalam mengurus sebarang isu yang berlaku sama ada melibatkan aspek kehidupan individu mahupun masyarakat.

Ahli Parlimen Marang itu juga  berkata kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengambil langkah seawal berlakunya wabak berkenaan seperti di negara-negara lain dan berjaya mengawal penularannya dengan kadar terhad, namun ia masih belum mampu mengatasi penularan wabak sepenuhnya.

Wahai Pak Lebai Hadi, di mana langkah awal yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang pak lebai sebutkan. Ingat!!, tempoh PKP dan PKPB serta PKPP yang ditaati rakyat sebelum ini sebenarnya sudah cukup untuk menangani penularan wabak Covid-19.

Sedarkah Pak Duta tentang semua ini berlaku adalah kerana kedegilan mereka yang gilakan kuasa di PRN Sabah? Diarahkan oleh Menteri PN sendiri agar tidak perlu kuarantin. Belum lagi berbicara tentang anak buah didikan pak lebai yang tak faham bahasa ke Turki atas urusan melancong, pulang dan tidak kuarantin masuk siding Parlimen. Kemudian diumpamakan seperti burung hud-hud? Dalil apa pula ni?

Kononnya Hadi meminta agar berhenti sekejap berpolitik, dan ada pihak yang tidak mahu mengaku kalah dengan apa sahaja tindakan kerajaan. Perlu diingat wahai pak lebai, yang selalu memegang kata ‘jangan berpolitik’ itu adalah puak2 PAS dan sekutunya, tetapi siapa yang berpolitik sekarang ini melainkan sahabat sebantal kalian.

Sekarang ini, pihak pembangkang mempertikaikan tentang penggantungan DUN dan Parlimen yang menyekat semak dan imbang dalam setiap keputusan untuk negara.

Itu bukan berpolitik, mereka hanya meminta hak rakyat dan kebebasan sivil mereka tidak dinafikan oleh pemimpin pengkhianat seperti pak lebai. Demokrasi dan kedaulatan Parlimen jangan diletak di telapak kaki kuasa kalian. Noktah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )