Kesian…PAS masih berharap kepada MN

Kesian…PAS masih berharap kepada MN

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PAS tetap dengan pendirian dan masih lagi berusaha serta mengharapkan supaya wujud kerjasama dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), selagi Parlimen tidak dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Walau bagaimanapun katanya, jika UMNO masih berkeras juga untuk bertanding bersendirian maka PAS terpaksa hadapi perkara itu.

“Kita sudah biasa, sedia atau tidak sedia bila UMNO buat keputusan (untuk terus bekerjasama) maka kita kena hadapi. Kita tidak boleh terima jika UMNO hendak bekerjasama, PAS perlu tinggalkan BERSATU kerana jika boleh kita hendak sentiasa bersama untuk kepentingan semua.

“Mungkin kita dengan Muafakat Nasional (MN), Perikatan Nasional (PN), dan mungkin kita bersendirian. Jadi semua pilihan ini kita ambil kira dan kita bersedia untuk berdepan dengan semua pilihan berkenan,” katanya kepada media.

Mohd Amar juga berkata, bagaimanapun untuk pemilihan kerusi dalam PRU15 ia masih di peringkat perundingan dan sudah ada jawatankuasa yang dibentuk oleh parti untuk berunding.

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS sentiasa bersiap siaga hadapi PRU15 yang akan diadakan pada bila-bila masa kerana sudah hampir memasuki tahun kelima.

Kesian PAS, hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )