Kes Khairuddin: Contoh terburuk kemungkiran Kedaulatan Undang-undang Di Malaysia – Haniff Khatri

Kes Khairuddin: Contoh terburuk kemungkiran Kedaulatan Undang-undang Di Malaysia – Haniff Khatri

Figura perundangan negara, Peguam Kanan Haniff Khatri menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara tentang kes yang membabitkan Menteri Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali sebagai contoh terburuk kemungkiran Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia.

Ini kerana apabila tertular tentang kemungkiran kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki pada 7 Julai dan menghadiri persidangan parlimen pada 13 Julai. Ianya disedari oleh Teressa Kok dan menjadi semakin panas dengan pelbagai alasan dan penafian yang dibuat oleh menteri berkenaan.

Haniff memohon kepada rakyat untuk tidak menyalahkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Norhisham Abdullah apabila pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap At Takiri yang menyebabkan proses mahkamah ( proses seterusnya) tidak boleh dijalankan ke atas beliau.

“Mengikut perundangan, sesuatu jenayah yang telah dikenakan kompuan, tidak boleh dituruti dengan pendakwaan” jelas Haniff.

Beliau berkata, pengeluaran kompaun menjadi satu persoalan di kalangan pengamal undang-undang. Kenapa apabila berita ini didedahkan, tiba-tiba ada pengumuman kerajaan yang menyatakan bahawa kompaun telah dikeluarkan pada 7 Ogos, kenapa secara tergesa-gesa?

Setelah 27 laporan polis dibuat, ternyata pihak peguam negara seolah- olah ingin mengaburi mata rakyat kerana dibimbangi terdapat ‘double standard’ atau dua darjat jika hanya dikeluarkan kompaun sahaja, maka dibiarkan siasatan terhadap At Takiri walaupun mereka mengetahui, itu adalah sia-sia.

Sedangkan sepatutnya pada masa itu, Pejabat Peguam Negara yang menjadi pengemudi dan penyelia setiap urusan perundangan menasihati pihak polis bahawa ‘tidak perlu disiasat’. Melainkan siasatan dilakukan terhadap perkara lain dan bukannya kesalahan yang sama yang telah dikompaun.

Menurut beliau, sesuatu jenayah yang telah dikenakan kompaun, walau disiasat selama 3 tahun sekali pun, ia tidak memberi makna apa-apa.

Haniff berkata demikian dalam rancangan secara langsung “Antara Politik dan Undang-Undang” dengan tajuk : Komplot Sokongan Perdana Menteri dan Langkah-langkah Di bawah Perlembagaan yang diterbitkan oleh Jom Channel sebentar tadi.

Dalam ruangan yang sama beliau mencabar Pejabat Peguam Negara untuk menjelaskan ada atau tidak siasatan dilakukan tentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam pengeluaran dan  pengisian borang 14B, kalau jawapannya YA, ia bermakna itu adalah satu kesalahan di bawah seksyen 23 akta SPRM.

Berani Kerana Benar!!

Editor (Jom Channel.Net)

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )