Kerajaan Tebuk Atap 2.0 kekalkan Zuraida sebagai Menteri

Kerajaan Tebuk Atap 2.0 kekalkan Zuraida sebagai Menteri

Berdasarkan jadual kerja yang diedarkan kepada media, Datuk Zuraida Kamaruddin akan berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah selepas mesyuarat kabinet untuk menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko Malaysia (AIKM) 2022 anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) pada jam 7.45 malam ini.

Ini bermakna, kedudukan Zuraida dipercayai kekal dalam kabinet sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Difahamkan, pertemuan Zuraida dengan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berlangsung sebelum mesyuarat kabinet hari ini.

Presiden BERSATU, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin sebelum ini menuntut kedudukan Zuraida diberikan kepada parti itu kerana ia adalah kuota parti tersebut.

Mahiaddin berkata, jawatan Menteri sememangnya menjadi sebahagian daripada kandungan perjanjian antara Ismail Sabri dengan pimpinan PN.

Pada 26 Mei lalu, Zuraida menerusi kenyataannya mengumumkan keluar daripada BERSATU untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain turut meletakkan jawatannya sebagai Menteri.

Sebelum menyertai BERSATU, Zuraida memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dipecat akibat tindakannya bersama dengan beberapa Ahli Parlimen parti itu yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam ‘Langkah Sheraton’.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )