Kerajaan tanggung biawak hidup, ARMADA desak Ismail Sabri letak jawatan jika ada rasa malu

Kerajaan tanggung biawak hidup, ARMADA desak Ismail Sabri letak jawatan jika ada rasa malu

Exco Armada Bersatu Nasional, Muhammad Farhan Abdul Rahim dalam satu kenyataan, mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera bagi menyelesaikan masalah rakyat yang gagal ditangani kerajaan ketika ini.

Beliau berpandangan, kerajaan pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika ini tidak mampu menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang terus meningkat termasuk minyak masak walaupun Malaysia merupakan antara pengeluar minyak sawit utama dunia.

Jelas beliau, Armada Bersatu melihat idea pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sesuatu yang sangat tidak wajar.

“Adakan sahaja PRU15 dan berikan peluang kepada rakyat memilih pemimpin yang baik untuk Parlimen mereka. Malaysia tidak lagi mampu menanggung ‘biawak hidup’ dalam kerajaan negara ini.

“Dato’ Sri Ismail Sabri, bersempena Aidiladha yang bakal tiba ini, jika ada sedikit rasa malu dan maruah, sila letak jawatan atau lebih baik bubarkan Parlimen dan adakan PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Farhan berkata, GST bukan solusi bagi masalah di negara ini sebaliknya cukai harus dikenakan ke atas ahli perniagaan yang mempunyai kekayaan dalam negara sebelum mengenakan cukai kepada rakyat.

Sementara itu, beliau berkata, rakyat perlu lebih cakna ketika membuang undi pada PRU15 nanti dengan memilih pemimpin yang beriman dan bukan pemimpin yang menabur wang serta sekadar mengopi bersama sebelum pilihan raya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )