Kerajaan Perpaduan: DAP akur, BN tak minta benda mengarut

Kerajaan Perpaduan: DAP akur, BN tak minta benda mengarut

DAP akur dan akan memberi sokongan jika Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan mahu membentuk kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP itu dipersetujui mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) sejajar dengan keputusan kepemimpinan tertinggi PH.

“Ia adalah keputusan kita ambil bersama, bukan sahaja dalam mesyuarat CEC. Terpulang kepada pimpinan tertinggi PH. Kita akan sokong keputusan mereka buat.

“Kita sebahagian PH, jadi kalau PH ada dasar itu (bergabung dengan BN) kita bersamalah dengan keputusan PH,” katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Guan Eng mengulas pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PH dengan BN di ibu negara hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada syarat yang tidak masuk akal diletakkan oleh BN dalam mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan.

Menurutnya, perbincangan awal bersama kepimpinan BN hanya menyentuh mengenai kepentingan menubuhkan kerajaan yang stabil.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )