Kerajaan Keluarga Malaysia, kerajaan ‘Pak Lawak’

Kerajaan Keluarga Malaysia, kerajaan ‘Pak Lawak’

Naib Presiden AMANAH, Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan sedia ada semakin gagal walaupun mereka telah menubuhkan 3 badan ‘task force’ dengan tujuan untuk menangani masalah inflasi dalam negara.

Beliau berkata, dua ‘task force’ yang ditubuhkan sebelum ini juga gagal dan tidak berperanan, kini mereka bersetuju pula untuk menubuhkan satu lagi badan bagi menangani inflasi iaitu Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

“Kelemahan kerajaan begitu ketara setelah mereka gagal menangani kenaikan harga barangan serta juga inflasi walaupun mereka yang telah menaikkan harga ayam dan mereka jugalah yang mengumumkan jihad bagi mengatasi inflasi.

“Apakah perlunya kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani inflasi lagi sedangkan dua lagi badan yang sama telah pun mereka tubuhkan sebelum ini iaitu, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara dan juga Majlis Pemulihan Negara tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Kalau ‘task force’ sebelum ini pun tidak mampu menampakkan kesan mahupun perubahan bagi mengatasi masalah inflasi tersebut, apalah pula fungsi penubuhan sebuah lagi ‘task force’ seumpamanya sedangkan tiada kelihatan hasil positif dari penubuhan dua ‘task force’ sebelum ini,” ujar beliau.

Kerajaan sedia ada katanya, umpama kerajaan ‘Pak Lawak’ di mana ia yang menaikkan harga ayam, dia pula yang melancarkan jihad bagi menangani inflasi tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )