Kerajaan Ismail Sabri tidak stabil, PH perlu bentuk ‘United Front’ segera!!

Kerajaan Ismail Sabri tidak stabil, PH perlu bentuk ‘United Front’ segera!!

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berpendapat, pembentukan Barisan Bersatu (United Front) perlu dilakukan segera dengan menjuarai isu-isu poket rakyat serta sensitiviti Melayu untuk Pakatan Harapan (PH) kembalikan semula kuasa rakyat.

Katanya, UMNO-Barisan Nasional (BN) yang selama ini terkenal dengan dasar anti demokrasi pasti menggunakan peluang yang ada jika berkuasa semula untuk menutup ruang-ruang demokrasi.

Beliau percaya kelesuan rakyat terhadap politik juga boleh meningkat sekiranya UMNO-BN memerintah semula dan sebab itu PH perlu bersemangat untuk bangkit semula menghentikan penguasaan UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita tidak boleh menunggu sehingga Pilihan Raya Umum seterusnya untuk berkuasa semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga merupakan seorang Peguam berkata, PH perlu menjuarai dan menyediakan dasar yang mampu menangani masalah ‘perut rakyat’ termasuk isu harga barang, peluang pekerjaan dan perumahan.

Selain itu, katanya, PH juga perlu mengangkat perjuangan membela orang Melayu sebagai kaum terbesar dalam negara dan memahami sensitiviti setiap isu yang melibatkan sentimen perkauman.

“Kerajaan Perikatan Nasional kini diterajui Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob adalah sebuah kerajaan tidak stabil kerana tidak dibentuk atas muafakat dan hingga kini tiada apa-apa dasar konkrit memulihkan ekonomi negara terutama kos sara hidup rakyat,” tegas Faiz.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )