Kerajaan ini tak akan kekal lama – Shahidan

Kerajaan ini tak akan kekal lama – Shahidan

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Dato’ Seri Shahidan Kassim, berkata Kerajaan Persekutuan diketuai Pakatan Harapan (PH) yang memilih bekerjasama dengan parti dengan jumlah kerusi yang sedikit tidak akan kekal lama.

Perikatan Nasional (PN) tiada dasar “No Anwar, No DAP,” seperti UMNO tetapi PH tetap bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Apabila mereka memilih untuk bekerjasama dengan parti yang mempunyai jumlah kerusi yang sedikit, kerajaan ini tidak stabil dan tidak akan kekal lama,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin, menuntut Anwar membuktikan beliau memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat bagi melayakkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, PN menghantar surat daripada PAS, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat yang menyatakan persetujuan untuk membentuk kerajaan gabungan bersama PN.

“Turut dihantar ke Istana Negara ialah 114 Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen yang menyatakan kepercayaan tanpa syarat kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )