Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi bonus guru KAFA, PAS hanya tahu bahagi ghanimah.

Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi bonus guru KAFA, PAS hanya tahu bahagi ghanimah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 4,009 penjawat awam di negeri tersebut.

Dalam ucapan semasa membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang, beliau berkata, bayaran bonus membabitkan peruntukan berjumlah RM5.5 juta.

“Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Selain semua anggota perkhidmatan Persekutuan atas pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam,” katanya, dipetik Roketkini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang itu turut mengumumkan pembayaran sebanyak RM300 yang akan disalurkan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina.

Selain itu, pemberian RM200 seorang kepada 320 guru tahfiz, guru pondok dan Guru Tadika Islam (TADIS) Negeri Pulau Pinang turut diumumkan.

Kon Yeow turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah atas segala jasa dan pengorbanan barisan penjawat awam negeri.

Inilah kerajaan yang diketuai parti politik yang dituduh oleh PAS dan UMNO sebagai ekstrem liberal, anti Islam, anti Melayu, mahu menukar Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya.

Berapa banyak bonus yang akan dibayar oleh Kerajaan Kelantan dan Terengganu kepada penjawat awam, guru kafa, guru agama, guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam?

Jangan mengeluh tiada wang untuk membayar bonus. Kalau bukan kerajaan Melayu Islam yang selama ini kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia, siapa lagi? Tak rasa malu ke kepada bangsa Cina yang kalian cop sebagai komunis mendahului kalian membantu guru KAFA dan guru tahfiz?

PAS sudah menjadi sebahagian daripada Kerajaan TEBUK ATAP di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri. Justeru tidak timbul rasanya masalah kekurangan dana untuk dikongsi sedikit dengan penjawat awam.

Menurut laporan baru baru ini rakyat Terengganu telah dikejutkan dengan berita beberapa orang individu menjadi pengarah berbelas syarikat GLC Terengganu dengan gaji lumayan keseluruhan berjumlah sekitar RM55,000 sebulan setiap seorang.

Jangan biarkan parti anda terus dilabel sebagai penunggang agama. Atau lebih dikenali kerajaan yang gilakan ghanimah, sibuk merebut jawatan GLC berbanding kebajikan rakyat.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )