Kerajaan campuran PH+BN, Dr. Dzul optimis

Kerajaan campuran PH+BN, Dr. Dzul optimis

Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad optimis kerajaan campuran akan dapat dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan (BN).

Beliau yang ditemui di perkarangan Hotel Seri Pacific, di sini bagaimanapun meminta pengamal media untuk menunggu sebarang keputusan yang akan diumumkan.

“Kita tunggu hasil rundingan dan lihat, kita akan laksanakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PH dan BN hadir di Hotel Seri Pacific bagi mengadakan pertemuan, bagaimanapun mereka masih mengunci mulut berkaitan dengan gabungan bagi membentuk kerajaan antara dua parti berkenaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )