Keputusan Rosmah 7 Julai ini

Keputusan Rosmah 7 Julai ini

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh 7 Julai depan sebagai hari keputusan sama ada Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan kes rasuah projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

“Kita dah tiba di penghujung kes, tiba masanya untuk menamatkan perjalanan kes ini dan menetapkan tarikh untuk keputusan.

“Saya cadangkan keputusan dua bulan dari sekarang, pada jam 9 pagi, 7 Julai depan,” katanya.

Dalam kes ini, Rosmah diwakili barisan Peguam antaranya Datuk Akberdin Abdul Kader sementara Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pihak pendakwaan.

Hakim Mohamed Zaini membenarkan pembelaan untuk mendapatkan lebih masa dan memberitahu mereka supaya menyertakan jawapan bagi persoalan berkenaan dalam hujahan bertulis.

Pada 23 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil dua saksi iaitu Rosmah dan bekas Pegawai Khas di Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pada 18 Februari 2021, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Rosmah, 71, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Beliau didakwa menerima rasuah itu melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )