Kenyataan Nur Jazlan ‘di luar kerangka’ UMNO

Kenyataan Nur Jazlan ‘di luar kerangka’ UMNO

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menepis kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed  itu sebagai “bukan mewakili kepimpinan tertinggi Umno”.

Malah PAS menganggap kenyataan Nur Jazlan Mohamed yang menggesa Umno menamatkan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRU15 sebagai “di luar kerangka Umno”.

Jazlan hari ini dilihat menggesa partinya menamatkan kerjasama dengan PAS dengan mengatakan Umno tidak lagi boleh mengharapkan parti Islam itu bersikap ikhlas dalam mendukung tanggungjawab sebagai sekutu dalam MN.

Menurutnya lagi, Umno telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS yang akhir-akhir ini “kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang”.

Selain menuduh PAS “dari dahulu hingga sekarang” gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya, Jazlan berkata “ada beberapa dakwaan yang cukup serius” dalam kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali.

Mengenai kerjasama dengan Umno pula, Tuan Ibrahim berkata partinya melihat ia dalam kerangka penyatuan ummah, bukan hanya soal pertandingan kerusi pilihan raya.

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )