Kenyataan Media DSAI: Kerajaan dan PM paling singkat bakal dinobat

Kenyataan Media DSAI: Kerajaan dan PM paling singkat bakal dinobat

Tanggal 13 Oktober 2020, sejarah bakal tercipta lagi di bumi bertuah, Malaysia.

Senyuman dan tangisan kegembiraan rakyat yang ingin melihat kelibat figura hebat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke -9, bakal menjadi kenyataan. Insya Allah.

Berkat doa dan tekad usaha yang tidak pernah mengenal henti, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober depan.

Baginda dimaklumkan telah memperkenankan Anwar untuk menghadap pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Anwar akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti yang diumumkannya sebelum ini

Terdahulu, majlis menghadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ditangguhkan selepas Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan selepas mengadu kurang sihat.

Anwar ketika itu membuat pengumuman bahawa beliau telah memperoleh sokongan besar dan kukuh untuk merampas kembali kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiada gema malaikat bertakbir di langit, namun doa – doa jujur dan ikhlas mereka yang ingin melihat kerajaan yang stabil, kerajaan yang bakal bersama denyut nadi rakyat marhein telah Allah perkenankan.

Tiada panggilan abah, tiada panggilan pak su dan pak ngah, tetapi dia adalah pemimpin sejati berbudi pekerti tinggi yang bakal mengembalikan Malaysia ke landasan yang benar dengan redha Allah.

Semoga semuanya dipermudahkan Allah dalam usaha mengambil kembali mandat rakyat yang telah dirampas dengan penuh hina dan kejam oleh gerombolan pengkhianat sebelum ini.

Buat mereka yang pernah mengkhianati, janji Allah itu pasti. Allah maha adil dan saksama. Hak tetap hak. Trofi kerajaan dan Perdana Menteri paling singkat bakal dianugerahkan dan dicatit dalam sejarah negara.

Semoga kerajaan yang bakal ditubuhkan akan menjadi kerajaan ydambaan seluruh lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum yang cuba dipisahkan oleh kerajaan tebuk atap sebelum ini.

Semoga ekonomi dan aktiviti sosial rakyat Malaysia akan kembali stabil dan Malaysia dirahmatiNya.

Selamat maju jaya buat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selamat memimpin Malaysia.

Harapan kami sebagai rakyat terlalu menggunung untukmu. Terima kasih.

 

Berani Kerana Benar!!

Editor (Jom Channel.Net)

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )