Kenapa nak salahkan Presiden?!  Ini kekalahan bersama

Kenapa nak salahkan Presiden?!  Ini kekalahan bersama

“Tak perlu suruh undur sebab yang kalah tetap kalah juga dan kita kena terima tanggungjawab bersama!!”

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mempersoalkan tindakan beberapa pihak dalam UMNO yang mendesak Presiden parti itu, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur susulan prestasi buruk UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku berikutan Ahmad Zahid diangkat sebagai Presiden UMNO berdasarkan pemilihan dan persetujuan sebulat suara.

Sehubungan itu katanya, kekalahan yang berlaku tidak sepatutnya disandarkan kepada Ahmad Zahid semata-mata sebaliknya menganggap ia sebagai kekalahan bersama.

“Kita kena bersamalah, kenapa dia (Ahmad Zahid) seorang kena berhenti dan kalau kita bersikap demikian hancurlah UMNO.

“Kenapa nak salahkan Presiden kerana ini kekalahan bersama. Jika tidak setuju kena tunggu pemilihan akan datang,” katanya.

Beliau berkata, mengenai pembentukan kerajaan dan gabungan parti, semuanya diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Kita tunggu keputusan pucuk pimpinan yang kini sedang berunding dan kita tunggu keputusan terbaik yang akan diambil.

“Nak buat macam mana kita sudah kalah dan kita tunggu keputusan yang sudah diberikan mandat kepada pucuk pimpinan.

“Kita akur dengan apa sahaja keputusan Presiden kerana kita pilih dia dan biar dia tentukan hala tuju,” katanya.

Ahmad yang juga calon BN Parlimen Kemaman tewas dengan majoriti 27,179 kepada calon Perikatan Nasional (PN), Che Alias Hamid dalam PRU15.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )