Kenapa hanya saya yang dipanggil Bukit Aman?

Kenapa hanya saya yang dipanggil Bukit Aman?

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman menggesa kerajaan memberi penjelasan mengapa hanya beliau yang dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan kepada polis susulan tindakannya menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika membahasakan Bajet 2022 baru-baru ini.

Menurutnya, beberapa ahli Parlimen lain turut menyentuh isu yang sama, namun amat mengejutkan apabila hanya beliau yang dipanggil untuk memberi kenyataan.

“Apa yang saya sebutkan dalam perbahasan itu adalah suara dan keluhan rakyat Sabah berkenaan dengan perihal pengagihan peruntukan dalam bajet negara kita,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Sidang akhbar itu turut disertai beberapa ahli Parlimen pembangkang lain antaranya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking.

Azis juga dimaklumkan perkara itu disiasat dan tidak tahu beliau akan didakwa atau tidak.

“Saya tetap berpegang dengan kenyataan yang telah saya sebutkan dalam perbahasan sebelum ini.

“Jadi, saya harap kerajaan sekali lagi menjelaskan mengapa dalam soal ini, setakat saya dimaklumkan hari ini bahawa saya seorang sahaja yang disiasat apabila menyentuh tentang hak dan kepentingan orang Sabah,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )