Kembali bersidang: Azhar Harun jangan hanya sekadar duduk, goyang kaki

Kembali bersidang: Azhar Harun jangan hanya sekadar duduk, goyang kaki

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun perlu segera bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menetapkan tarikh seawal mungkin untuk mengadakan sidang Parlimen.

Azhar selama ini yang disifatkan telah gagal menjalankan tugasnya apabila beliau tidak mengecam penggantungan Parlimen, malah membenarkan pihak Eksekutif untuk menggantikan dan mengatasi kedaulatan Dewan Rakyat sepatutnya menyesali kegagalannya dan menebus kesilapan dengan mendesak sesi Parlimen seawal mungkin untuk mengembalikan demokrasi.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, Azhar sebagai Speaker perlu menjunjung dan memelihara kuasa tunggal Parlimen dengan mengembalikan fungsinya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Agong telah menunjukkan kesedaran yang lebih tinggi berbanding Azhar mengenai kepentingan Parlimen dan menghormati mandat pilihan raya daripada rakyat.

“Azhar tidak boleh sekadar duduk, goyang kaki dan menunggu perkembangan atau arahan Perdana Menteri, yang semestinya ingin menangguhkan sidang Parlimen.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )