Keluarga Malaysia terus menjerut leher rakyat

Keluarga Malaysia terus menjerut leher rakyat

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Industri & Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Dato’ Abdul Halim Hussain, menyifatkan cadangan kenaikan tersebut membuktikan kerajaan tidak prihatin dan peduli terhadap kesulitan yang dihadapi oleh rakyat tatkala ini.

Katanya, beban kenaikan harga barangan belum selesai, kini rakyat sekali lagi akan terjerut di bawah kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan BN-PN apabila mereka mengenakan surcaj ke atas bil elektrik mulai bulan depan.

“Belum lagi selesai masalah harga barang mahal dan sebagainya kini timbul pula bebanan baharu bagi rakyat apabila kenaikan kadar elektik nanti akan membabitkan segala kenaikan yang boleh membebankan rakyat pelbagai golongan.

“Sepatutnya kerajaan lebih peka dan prihatin dengan membuka mata dan telinga untuk menjenguk dan mendengar keluhan rakyat.

“Tidak sepatutnya kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kos sara hidup yang semakin mencanak naik dan masa ini pula bukannya waktu yang sesuai bagi kenaikan kadar tarif elektrik tersebut dilaksanakan,” ujar beliau.

Beliau mendesak kerajaan agar segera campur tangan bagi memastikan kenaikan kadar elektrik tersebut tidak berlaku pada masa ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )