Kekalahan PH di Melaka: Perlu ‘post mortem’ cari punca

Kekalahan PH di Melaka: Perlu ‘post mortem’ cari punca

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse berpendapat, kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

Katanya, kekalahan pada PRN Melaka tidak wajar diletakkan pada seorang individu sahaja.

“PH harus bertanggungjawab secara kolektif atas kekalahan itu dan perlu melakukan ‘post mortem’ bagi mencari punca, namun diakui strategi PH agak kekurangan berbanding parti lain,” katanya.

Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak termasuk pemimpin dalam parti gabungan PH yang menuntut supaya Anwar berundur selepas penampilan suram gabungan itu dalam PRN Melaka.

Gesaan agar Ketua Pembangkang itu berundur dibuat selepas penampilan suram PKR yang kalah kesemua 11 kerusi yang ditandingi dalam PRN Melaka.

Pengkritik antara lain mendakwa keputusan Anwar mewajarkan tindakan mengambil ‘katak politik’ dari UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan alasan untuk mengembalikan mandat rakyat, sebagai antara punca kekalahan tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )