Kecewa! Kenapa Aminuddin tidak maklum keluar dari Cabang Tampin?!!

Kecewa! Kenapa Aminuddin tidak maklum keluar dari Cabang Tampin?!!

Bekas Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tampin, Jeffery Young Ahmad, kesal terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun yang berpindah keahliannya di Cabang Port Dickson tanpa memaklumkan kepada ahli Cabang Tampin.

Menurutnya, walaupun keputusan itu hak Aminuddin, namun sepatutnya dimaklumkan kepada ahli-ahli Cabang Tampin kerana beliau merupakan Ketua Cabang itu sebelum ini.

“Kenapa tidak maklumkan keluar dari Cabang Tampin? Soal perpindahannya ke Port Dickson pun kami tahu daripada laporan media saja.

“Saya sebagai individu yang membawa beliau ke Tampin pada 16 Julai 2018 sangat kecewa kerana bukan saja saya tidak dimaklumkan perkara ini tetapi juga ahli-ahli lain,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak pasti apa motif sebenar Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan itu berbuat demikian namun tindakannya itu memperlihatkan dirinya yang tidak berani.

Ujarnya, bukan sengaja mahu menimbulkan isu ketika berlangsungnya pemilihan PKR ketika ini tetapi sekadar meluahkan rasa kecewa.

“Keahlian saya juga digantung gara-gara memberi teguran. Bagaimanapun, saya tetap sayangkan PKR dan tidak pernah terfikir untuk sertai parti lain.

“Walaupun ketika ini saya tiada hak lagi sebagai ahli parti, saya sangat berharap proses pemilihan PKR kali ini berjalan dengan telus dan kita dapat memilih pemimpin parti yang terbaik,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )