Kartel daging: Heret dalang ke muka pengadilan!

Kartel daging: Heret dalang ke muka pengadilan!

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia dan umat Islam tidak wajar memaafkan isu kartel daging yang jelas merupakan “perbuatan celaka”.

Jelasnya, apa yang berlaku itu membabitkan soal halal yang mana kelulusannya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah diamanahkan untuk menjaga kemaslahatan umat Islam.

Setelah dibangkitkan di Parlimen awal bulan lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan kes kartel import daging haram yang dikatakan berlaku di Senai, Johor baru-baru ini, sedang dalam proses siasatan.

Media pada 21 dan 22 Disember melaporkan bahawa kartel itu dikatakan bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal.

Antara daging yang dibawa masuk adalah daging kanggaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.

Pada 26 Disember lalu, Presiden PKR itu menyifatkan pendedahan berhubung kartel daging yang didakwa turut didalangi kakitangan agensi kerajaan sebagai “kebobrokan” yang perlu dihentikan.

Dalam pada itu Anwar berkata perlu ada tekad politik untuk memberi jawapan terhadap isu berkenaan selain memberi tumpuan kepada pihak yang mempergunakan agama.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )