Kami perlukan timbang rasa dan kewajaran, 500,000 isi rumah bakal terjejas

Kami perlukan timbang rasa dan kewajaran, 500,000 isi rumah bakal terjejas

Wakil Persatuan Pemilik Restoran dan Bistro, Jeremy Lim mendesak kerajaan agar membuang terma perkhidmatan perlu dan tidak perlu dalam menentukan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, semua perkhidmatan atau industri adalah penting dan kerajaan perlu mencari titik tengah bagi membolehkan semua pihak mencari rezeki untuk meneruskan hidup.

“Banyak restoran tidak sesuai menjalankan model penghantaran. Kalau ia sesuai, maknanya kami melabur dalam cloud kitchen dan bukan restoran.

“Komponen penting dalam restoran ialah lokasi dan kami melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk lokasi, memberi suasana yang baik dan kos kakitangan. Kalau cloud kitchen, saya tidak perlu memikirkan semua ini.

“Sejak adanya larangan makan di restoran, kami masih menanggung perbelanjaan bulanan, seperti sewa, kos gaji pekerja dan utiliti, dengan hanya sedikit bantuan atau subsidi kerajaan.

“Banyak pengendali restoran kini hanya mempunyai aliran tunai untuk kurang dari dua bulan.

“Kami menjangkakan kadar penutupan perniagaan kira-kira 60 peratus di seluruh Semenanjung jika larangan itu berterusan dan ini berpotensi menjejaskan 500,000 isi rumah,” katanya pada sidang media dalam talian F&B United, pada Rabu.

Tambah Lim, apa yang diperlukan pengusaha ketika ini bukanlah bantuan kewangan, tetapi timbang rasa dan kewajaran daripada kerajaan untuk membenarkan mereka bekerja seperti biasa, apatah lagi sudah terbukti perniagaan makanan bukan penyumbang utama kluster di negara ini.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )